BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menteri Palestin mati dibunuh.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Ramallah: Seorang menteri Palestin terbunuh akibat dipukul pasukan keselamatan Israel ketika menyertai perarakan di Tebing Barat semalam, kata sumber perubatan.

Ziad Abu Ein bertanggungjawab menguruskan isu petempatan Israel dengan Pihak Berkuasa Palestin meninggal dunia akibat dipukul pada bahagian dada.

Pengarah Hospital Ramallah, Ahmed Bitawi berkata, Ziad dipukul dengan buntut raifal dan topi keledar tentera Israel di Turmus Ayya.

Presiden Mahmoud Abbas mengutuk pembunuhan tidak bertamadun itu dan berjanji mengambil langkah sewajarnya.

“Ia tidak boleh diterima sama sekali.

“Kami akan mengambil langkah perlu selepas keputusan siasatan insiden itu diperoleh,” katanya.

Pemimpin kanan pergerakan Fatah, Mahmoud Aloul berkata, dia bersama Ziad serta berpuluh-puluh penunjuk perasaan membawa anak pokok zaitun sebagai tanda membantah rampasan tanah Palestin oleh Israel.

Ketika itu, katanya, tentera Zionis melepaskan gas pemedih mata dan memukul sebahagian peserta dengan buntut raifal. - AFP

http://www.hmetro.com.my/node/15259
 
Back
Top
Log in Register