eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
UTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan daripada seorang menteri kanan bagi membantu siasatan kes rasuah terhadap bekas setiausaha politiknya.
Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, pihaknya mengambil keterangan itu kelmarin di pejabat menteri berkenaan pada jam 3.30 petang dan berlangsung selama dua jam.
“Siasatan ke atas bekas setiausaha politik menteri terbabit masih berjalan dan individu terlibat juga masih belum dikenakan sebarang pertuduhan. Siasatan itu dibuat mengikut Akta SPRM 2009,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mustafar berkata seramai 10 pegawai penguatkuasa dari tiga agensi ditahan di Terengganu pada 30 Mac lalu, atas tuduhan meminta wang perlindungan antara RM500 dan RM5,000.
Katanya, semua pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000.
“Semua mereka disyaki meminta wang perlindungan dari sebuah syarikat yang menjual keluli. Tujuh daripada pegawai berkenaan ditahan di Kemaman, manakala bakinya ditahan di Kuala Terengganu,” katanya, semalam. - Bernama