BTC USD 81,681.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menitis air mata kami

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Seramai 200 jemah Masjid Sultan Ahmad yang berkumpul di hadapan IPD Kemaman malam kelmarin menggesa pihak berkuasa segera menangkap dalang yang menyebarkan gambar Kaabah yang disunting.
< 1 / 1 >
KEMAMAN - Sedih dengan penghinaan melampau terhadap Islam susulan perbuatan seorang pemilik akaun Facebook memuat naik gambar dua **** mengawan di atas Kaabah, seramai 200 jemaah Masjid Sultan Ahmad, Chukai membuat laporan polis mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman kira-kira jam 9 malam kelmarin selepas kesemua jemaah menunaikan solat Isyak.

Imam Masjid Sultan Ahmad, Ahmad Ayub, 45, berkata, beliau melihat gambar Kaabah yang telah diedit itu sebelum masuk waktu solat Isyak dan bersepakat
bersama jemaah lain untuk membuat laporan polis bagi memelihara maruah Islam.

“Menitis air mata kami melihat gambar yang diedit ini dan kesedihan yang dirasa tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

“Jadi, kami mahu polis serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diterajui wakil rakyat kami, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya mengesan individu atau pihak yang bertanggungjawab seterusnya mendakwa mereka di mahkamah sesegera mungkin,” katanya.

Gambar berkenaan didapati dimuat naik oleh pemilik akaun yang menggunakan nama Elizabeth Henderson di laman sosial Facebook pada 29 Oktober lalu.

Sementara itu, seorang jemaah dari Bukit Kuang, Heslan Lazim, 62, berkata, perbuatan itu adalah cubaan menjatuhkan maruah dan mengaibkan umat Islam seluruh dunia yang dikhuatiri akan mencetuskan suasana huru-hara.

“Perbuatan biadab ini perlu diambil tindakan serta merta kerana kami bimbang sekiranya dibiarkan, perkara yang lebih buruk lagi akan berlaku antara rakyat berbilang agama di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Adun Chukai, Hanafiah Mat berkata, sudah tiba waktunya kini kerajaan menguatkuasakan undang-undang Islam di negara ini.

“Kes begini (penghinaan demi penghinaan terhadap Islam) berlaku kerana kelemahan undang-undang yang tidak mengikut perundangan Islam, jadi saya minta kerajaan buka laluan agar undang-undang Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register