BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebocoran Paip Air Mentah Jejaskan Bekalan Air Hampir 34,000 Akaun - AKSB

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80

Kebocoran Paip Air Mentah Jejaskan Bekalan Air Hampir 34,000 Akaun - AKSB​

47847adab71f242b6f96bba7512164d1688e04afa3532


Kebocoran paip air mentah jenis Glass-Fibre Reinforced Plastic (GRP) bersaiz 1,000 milimeter menyebabkan kapasiti pengeluaran di Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong, Machang menurun hampir separuh.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan insiden itu menyebabkan gangguan bekalan air membabitkan tiga jajahan iaitu Machang, sebahagian Pasir Puteh dan Kota Bharu Selatan, melibatkan hampir 34,000 akaun pengguna.

Menurut kenyataan itu, kerja pembaikan paip telah dimulakan kira-kira 11 malam, 4 Sept lepas dan dijangka mengambil masa hingga sembilan hari untuk disiapkan.

“Bekalan air dijangka pulih seawal 14 Sept ini. AKSB turut menggerakkan aset lori tangki dan lori air kontrak bagi membantu pengguna yang terjejas, manakala operator air negeri lain turut memberi komitmen untuk menyalurkan bantuan penghantaran lori tangki air ke kawasan terjejas," menurut AKSB.

Bantuan itu akan diberi keutamaan kepada premis kritikal termasuk hospital, pusat dialisis, penjara dan asrama pusat pengajian tinggi.

Dalam pada itu, AKSB melalui PINTAS Careline 15777 telah membuat pemakluman awal kepada pengguna menerusi sistem Infoblast dan akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.

AKSB turut memaklumkan perkembangan situasi itu melalui laman sesawang rasmi, aplikasi MyAKSB serta media sosial Facebook dan TikTok.

 
macam tu la aku ni duduk machang. rasa banyak kali dah tahun ni bermasalah.. belum masuk air karat lagi.. ni lepas baiki air karat pulak... jenuh aku manjat nak bersihkan tangki lagi...
 
Back
Top
Log in Register