BTC USD 84,441.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Meningkatkan Darjat Di Sisi Allah

wan12345

Active Member
Messages
2,455
Joined
May 12, 2006
Messages
2,455
Reaction score
21
Points
25
ILMU bukan hanya maklumat tetapi nur yang diletakkan di dalam hati manusia dan dengan ilmu inilah manusia mendekatkan dirinya kepada Allah.

Dalam satu hadis, Rasulullah (saw) bersabda maksudnya: “Ilmu adalah nur, ia tidak membimbing orang yang banyak dosa.”

Ilmu yang berkat ialah limu memberikan manfaat kepada pemiliknya. Sebab itulah kita diajar Rasul dengan satu doa yang bermaksud: “Ya Allah, ajarkanlah kepadaku ilmu yang memberikan manfaat kepadaku dan biarlah aku dapat memanfaatkan apa yang sudah aku pelajari.”

Ilmu bermanfaat ialah ilmu yang membuatkan pemiliknya beramal. Dengan beramal, ia akan mengangkat pemiliknya ke darjat yang tinggi di sisi Allah.

Allah berfirman dalam al-Quran, surah al-Mujaadalah yang bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Selain iman, ilmu juga mempunyai signifikan untuk meninggikan kedudukan seseorang. Orang tinggi kedudukannya di sisi Allah bukan saja yang pandai berteori dan bercakap tetapi berkedudukan ialah memanfaatkan ilmu yang dituntut selama ini.

Dengan ilmu, ia mengundang segala kebaikan dan amalan ibarat gula manis yang mengundang banyak semut mengelilinginya. Nur ilmu yang menerangi hati untuk beramal.

Menurut Muhammad Qutb, tujuan belajar adalah untuk beramal dan jika belajar tetapi tidak beramal maknanya hanya dapat ilmu tetapi tidak dapat nur.

Nur amalan inilah yang membuatkan wajah bercahaya, malah tenang apabila melihat orang beramal, bukan saja baik tetapi juga kelihatan baik. Kawan-kawannya baik-baik, cakap yang baik-baik, mengunjungi tempat baik saja.

Ke mana saja pergi, dia akan memberi kebaikan kepada insan. Mereka inilah yang akan selamat dan menyelamatkan serta boleh diharap untuk menjadi pembela dan penegak kebaikan. Bukan saja Allah merahmati, malah dunia dan alam menyayanginya.

Jika belajar dan menuntut hanya dapat ilmu tetapi tidak dapat nur, kita hanya pandai berteori. Tidak ada kekuatan untuk beramal.

Ilmu apabila tidak diamalkan, ia tidak bermanfaat. Ilmu yang bersangkutan dengan fardu, soal halal haram dan amalan fiqah harian sama ada mengenai muamalat, jual beli, hutang piutang, soal politik, pentadbiran dan sebagainya jika tidak diamalkan akan mendapat akibat dosa.

Malah sistem Islam kalau diabaikan akan mengundang malapetaka. Apa tidaknya, universiti makin banyak, kolej tumbuh laksana cendawan selepas hujan, taraf akademik rakyat negara kita makin baik tetapi yang malangnya jenayah makin subur, pembunuhan dan jenayah mendadak, malah menokok mengalahkan indeks komposit.

Apa sudah jadi dengan kolej dan universiti. Mereka tidak berkurang cendekiawan, malah lengkap dengan kemudahan tetapi yang kurang ialah dos nur. Nur iman dan ilmu mula redup.

Berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmu mendapat kutukan Allah. Dalam al-Quran Allah memberi amaran, maksudnya: “Sangat besar kemurkaan Allah, kamu cakap tetapi kamu tidak melakukannya.”

Jika sudah dikutuk Allah, apa lagi kebaikan yang tinggal? Bagaimana hendak dapat berkat jika sudah kena kutuk? Jika suami isteri sudah dikutuk Allah, bagaimana hendak membina keluarga bahagia?

Anak yang dikutuk Allah, tidak akan menjadi anak soleh lagi. Pekerja yang dikutuk Allah bagaimana hendak serahkan amanah kerja? Pemimpin kalau sudah dikutuk Allah, bagaimana hendak memimpin pengikutnya?

Carilah Tuhan yang mempunyai nur. Allah menyebut dalam al-Quran bermaksud: “Allah itu nur di atas nur.”

Justeru, carilah nur melalui iman dan Islam. Carilah nur melalui al-Quran, carilah nur melalui zikir, carilah nur melalui solat malam dan banyak lagi sumber nur, antaranya melalui beramal dengan ilmu yang dipelajari.
 
carilah keimanan...keimanan itu adalah penting,...tapi sebelum mencari keimanan, pahami lah keesaan Nya...kalau dah terbukak `kunci`, baru lah senang kite nak paham...ni kalau kite baru tanye sape `Kami` didalam Alquran tu pun dah goyang, camne kite nak stick to the track???? solatuldaim lagi... kalau solat 5 waktu je, pas solat camne??? saya ni ubun2 pun lembut lagi... tapi cayalah wan12345... thread ni memang best!!!!! carry on..
 
Solat

Salam semua,

Saya nak sentuh pasal solat 5 waktu ni, Terlalu banyak hikmahnya bila kita kaji sendiri, rasa sendiri. Sbb 5 waktu tu sendiri kenapa tak 3 tak 2 tak 10. Sbb 5 waktu tu menguatkan kita, iman kita. Kalau iman kita kuat nescaya kita dapat akal dan buah fikiran yang lurus dan tidak melanggar syariat. Susah utk di terangkan.

Hikmah solat ni kalau dikaji mmg banyak. Saya dapati hikmah dia lepas satu satu. lepas satu satu. Kaji sejarahnya, hikmah Israk dan mikraj, hikmah Azan, (marilah solat, marilah menuju kejayaan.. kenapa apa yang di maksudkan dari petikan azan ini, dalam maknanya). Kenapa solat berjemaah, hikmah solat kat saf yang pertama, hikmah rapat2kan saf solat berjemaah, hikmah solat di masjid, hikmah solat di awal waktu, Hikmah khusyuk dalam solat, cuba saudara saudari perhatikan, fikirkan, kaji. begitu banyaknya hikamah dia, lepas satu, satu. Kalau di amalkan alangkah baiknya. Solat subuh tu sendiri supaya kita bangun awal, setiap hari! tak kira hari cuti ke , hujung minggu ke, public holiday ke tak ada excuse. itu disiplin yang ketat. Dgn disiplin yg begitu jiwa kita teguh, salah satu disiplin utk kita berusaha gigih. kita berusah payah bangun awal pagi istiqamah. Tinggi hikmahnya. Dgn solat iman kita pun bertambah, menghindar dari maksiat, seolah-olah ada penghalang utk kita lakukan maksiat. spt dada kita berdebar2 bila hendak lakukan maksiat dan lain2.
Ini nak cerita bab solat, amalan2 lain pun penting juga, menuntut ilmu pun penting, lagi baik bila kita beribadat dgn berilmu.

Bacalah Al Quran, baca juga tafsiran ayat2 tu dari surah Al baqarah, hati kita akan terasa aman. Dalam Al quran itu banyak Ilmunya. Allah memberitahu kita perkara2 sbagai panduan hidup kita. Kalau dapat belajar tafsir dari ustaz yang luas dalam ilmu tu lagi bagus. Moga2 kita mendapat petunjuk dan hidayat. Amin.



Terima kasih.
 
harap2 ustaz2 yg ada kat sini bole le bagi feedback utk org2 cetek ilmu cam aku nih. seronok aku baca benda2 gini.. tapi tak mungkin aku dapat respon atau beri pendapat yg bersesuaian.

apa2pun, ilmu lah asas kepada permulaan segala perjalanan.
 
carilah keimanan...keimanan itu adalah penting,...tapi sebelum mencari keimanan, pahami lah keesaan Nya...kalau dah terbukak `kunci`, baru lah senang kite nak paham...ni kalau kite baru tanye sape `Kami` didalam Alquran tu pun dah goyang, camne kite nak stick to the track???? solatuldaim lagi... kalau solat 5 waktu je, pas solat camne??? saya ni ubun2 pun lembut lagi... tapi cayalah wan12345... thread ni memang best!!!!! carry on..

aku tertarik sungguh pada perkataan yang dah diboltkan tu...:D
 
Simpanlah bekalan untuk akhirat kelak..
 
kuliah agama

Kalau korang nak dengar ceramah agama yang best. Pegi kat google video, taip kuliah jumaat, pas tu search. pilihlah mana2 yang saudara berkenan. kuliah dari tuan guru haji Hadi atau Dari tuan guru Nik Aziz, atau lain2. Kuliah ni tak ada kaitan dgn Umno dan Pas, atau berbau politik. Tetapi ttg mazhab2 terdahulu, tauhid, fiqah dan lain2.

Ambik yang dari google video bukan youtube. Yang yutube tu pendek sangat, sekadar petikan tapi yg google video ni ceramah penuh.

Tq
 
Salam semua,

Saya nak sentuh pasal solat 5 waktu ni, Terlalu banyak hikmahnya bila kita kaji sendiri, rasa sendiri. Sbb 5 waktu tu sendiri kenapa tak 3 tak 2 tak 10. Sbb 5 waktu tu menguatkan kita, iman kita. Kalau iman kita kuat nescaya kita dapat akal dan buah fikiran yang lurus dan tidak melanggar syariat. Susah utk di terangkan.

Hikmah solat ni kalau dikaji mmg banyak. Saya dapati hikmah dia lepas satu satu. lepas satu satu. Kaji sejarahnya, hikmah Israk dan mikraj, hikmah Azan, (marilah solat, marilah menuju kejayaan.. kenapa apa yang di maksudkan dari petikan azan ini, dalam maknanya). Kenapa solat berjemaah, hikmah solat kat saf yang pertama, hikmah rapat2kan saf solat berjemaah, hikmah solat di masjid, hikmah solat di awal waktu, Hikmah khusyuk dalam solat, cuba saudara saudari perhatikan, fikirkan, kaji. begitu banyaknya hikamah dia, lepas satu, satu. Kalau di amalkan alangkah baiknya. Solat subuh tu sendiri supaya kita bangun awal, setiap hari! tak kira hari cuti ke , hujung minggu ke, public holiday ke tak ada excuse. itu disiplin yang ketat. Dgn disiplin yg begitu jiwa kita teguh, salah satu disiplin utk kita berusaha gigih. kita berusah payah bangun awal pagi istiqamah. Tinggi hikmahnya. Dgn solat iman kita pun bertambah, menghindar dari maksiat, seolah-olah ada penghalang utk kita lakukan maksiat. spt dada kita berdebar2 bila hendak lakukan maksiat dan lain2.
Ini nak cerita bab solat, amalan2 lain pun penting juga, menuntut ilmu pun penting, lagi baik bila kita beribadat dgn berilmu.

Bacalah Al Quran, baca juga tafsiran ayat2 tu dari surah Al baqarah, hati kita akan terasa aman. Dalam Al quran itu banyak Ilmunya. Allah memberitahu kita perkara2 sbagai panduan hidup kita. Kalau dapat belajar tafsir dari ustaz yang luas dalam ilmu tu lagi bagus. Moga2 kita mendapat petunjuk dan hidayat. Amin.



Terima kasih.

ha best.. bab solat ni yang best...sebenarnye kite kene tau dulu apa itu solat...dah tentu bukan menyembah.... sebab sembah ni org hindu je... so apa yang kite wat masa solat?? sape yang disembah, sape yang empunya sembah? takpe, sama2 kite huraikan.. baru lah best ade thread camni..saya ni ubun2 pun lembut lagi... sama2 kite muzakarah... bagi saya solat bukan lah hanya 5 waktu, tapi 24 jam...tapi tu yang kite kene tau apa itu solat..yang 13 rukun tu hanya skrip je... kite ni hanya melakunkan balik..tapi nikmat kite dapat tak? itu yang dipanggil rasa itu rahsia..... apa yang awak rasa masa solat, beleum tentu sama ngan apa yang saya rasa..dan rasa tu yang susah nak bgtau kat org..
 
bagus ilmu2 gini..
semoga membawa manfaat n lebih dekat kpd Allah..
tq bro..
 
Allhamdulillah......Syukran Jazzilan....
 
Back
Top
Log in Register