BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,173.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mengayuh basikal menunaikan haji

tempurung@85

Active Member
Messages
1,870
Joined
Sep 23, 2008
Messages
1,870
Reaction score
591
Points
71
basikalkehaji.jpg


Nathim Caircross,28 dan Imtiyaz Ahmad Haron,25 dari Afrika Selatan mengayuh basikal merentasi Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Syria, dan Jordan dengan mengayuh basikal dari Afrika Selatan ke Arab Saudi iaitu sejauh lebih kurang 8000 km!

Setiap hari mereka berbasikal sejauh 80-100 km, bermula dari Cape Town, Afrika Selatan.


“Mengayuh basikal ke Arab Saudi dari Cape Town adalah pengalaman yang memenatkan. Kami melakukan perjalanan dengan cara begini supaya kita bersedia untuk menjalani kerasnya ibadah haji,” kata Cairncross, yang bekerja sebagai perancang bandar.

Di Cape Town mereka adalah bekas penuntut undang-undang Islam di sebuah universiti. Mereka mengatakan berasa bahagia setibanya di sempadan Arab Saudi.

Mereka memulakan perjalanan pada 7 Februari 2010. Ini adalah perjalanan haji pertama mereka. “Kami boleh naik kapal terbang, tetapi kami menghargai perjalanan yang berbeza. Jadi kami memilih untuk menggunakan basikal kami. Berbasikal adalah kegiatan yang paling kami sukai,” kata Cairncross.

Menjelang senja, mereka akan mencari masjid untuk berehat. Selepas Subuh, mereka meneruskan perjalanan semula. Sepanjang perjalanan mereka menemui ramai orang ramai yang ramah dan menyambut baik mereka. Orang ramai menghormati perjalanan haji mereka dan menawarkan makan minum serta wang ringgit sebagai bekalan mereka. Ini kerana mereka membawa bekalan yang minimum.

Di sempadan Arab Saudi, pegawai keselamatan juga menyambut mesar dua jamaah ini yang terpaksa juga turun naik pergunungan dengan mengayuh basikal.

Mereka merentasi sembilan negara selama sembilan bulan, mereka sering menukar tayar dan memperbaiki rantai basikal mereka.

Masalah bahasa kadangkala menggangu perjalanan mereka namun mereka dapat mengatasinya. Selesai menunaikan haji, mereka akan pulang melalui Afrika Barat. Subhanallah!

:):):)
 
perjalanan kerana ALLAH...

murah rezeki tu....hanya bekalan iman yng perlu..
 
....................
 
[QUOTE Nathim Caircross,28 dan Imtiyaz Ahmad Haron,25 dari Afrika Selatan mengayuh basikal merentasi Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Syria, dan Jordan dengan mengayuh basikal dari Afrika Selatan ke Arab Saudi iaitu sejauh lebih kurang 8000 km![/QUOTE]

kenapa kena rentas turki, syria dan jordan? 3 negara terebut atas dari arab saudi..jika dah sampai kenya further up..ikut mesir atau cross teluk eden dari djibouti masuk yemen...:-?
 
pengorbanan & kesusahan sepanjang perjalanan tu yg mahal,
mudah2an Allah Taala terima susah payah mereka ber2,
org dulu2 lagi selamber, jalan kaki jer, pergh...mmg dasat tahap iman diaorg
 
Fuhhhh, mmg tabik la kat depa ni...
 
terharu bila baca kesungguhan diorang ni..:)
 
Back
Top
Log in Register