BTC USD 62,496.3 Gold USD 4,319.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mengandung hasil seks bebas

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
Mengandung hasil seks bebas

PADANG SERAI - Akibat menjalinkan hubungan seks bebas dengan beberapa lelaki menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dan tidak bersekolah disahkan mengandung.

Mangsa sebelum ini menjalinkan hubungan dengan beberapa orang lelaki yang dikenali.

Memandangkan mangsa pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa teman lelakinya, mangsa tidak mengetahui siapa bapa kepada kandungan itu.

Rahsia perlakuan sumbang mangsa terbongkar apabila waris melihat perubahan pada dirinya.

Setelah membuat pemeriksaan doktor, mangsa disahkan mengandung dan mereka membawa mangsa untuk membuat laporan polis.

Oleh kerana mangsa masih di bawah umur, kes ini disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes rogol merupakan antara kes yang sering dilaporkan berlaku.

Katanya, masalah perlakuan seks dalam kalangan remaja semakin serius apabila mereka mudah mendapatkan aksi ghairah melalui muat turun telefon.

“Kes rogol yang berlaku hari ini adalah perlakuan seks suka sama suka. Purata kes rogol dilaporkan berlaku setiap minggu.

“Bagaimanapun memandangkan mangsa terlibat masih di bawah umur, kes ini akan disiasat sebagai kes rogol walaupun mangsa merelakan dirinya disetubuhi kekasih.” katanya.

Ghuzlan turut menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak selain mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan.

Menurutnya, kejadian yang berlaku ini kemungkinan disebabkan ibu bapa yang kurang memantau kelakuan anak.

“Berikan didikan agama dan kasih sayang sempurna terhadap anak-anak,” katanya.
 
pergh sampai tak tau plak nih
kena buat ujian DNA la nih
 
ni dah tahap bohsia dah ni...gila lah,,,,lagi satu..undang2 ni kena tukar law...pompuan yg dpt sedap x kena plak tuduhan...sedangkan suka sama suka.....aisehhh
 
bahana pergaulan bebas dan seks bebas...

selagi tak mengandung, selagi tur dok balun

nak salahkan saper, bila public tegur, silap2 kena balun balik, sb itu skrg public buat tak kisah,lantak ko lah,aku tegur, aku kena bahan, tak mcm dulu2, kalau public tegur, rasa takut ada, silap2 public punya suara sampai kat mak bapak, kena lak kat rumah
 
Purata kes rogol dilaporkan berlaku setiap minggu. gile hapeee ni.msia oh msia
 
mudah termakan hasutan
 
tu la tak mahu HUDUD sangat..
 
sedap punya pasal.. dah menganung pastu buat report konon kene rogol....
 
bila dah kena sedap sekali.....mmg nak lagi nak lagi..
 
Back
Top
Log in Register