balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda mengaku salah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, kelmarin, kerana mencuri duit syiling berjumlah RM14 di dalam sebuah van yang diletakkan di kawasan letak kenderaan di Taman Shahbandar, di sini.
Mohd Yusri Azizi Yusoff, 30, yang beralamat dari Kampung Baru Pulau Redang, mengaku salah telah mencuri wang berkenaan dalam van milik Ong Tun Chuan, 34.
Dengan itu, dia berdepan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Abdul Hayyi kemudiannya menetapkan 19 Ogos depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan dia dibebaskan dengan jaminan RM2,500.
Pada 4 Ogos lalu, lebih kurang jam 8.30 malam sepasukan anggota polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar lokasi kejadian telah terserempak dengan Mohd Yusri yang ketika itu sedang melakukan ‘sesuatu’ di dalam sebuah van berwarna putih di kawasan tempat letak kenderaan.
Mencurigai tindakan Mohd Yusri itu, anggota polis tersebut menghampiri van berkenaan dan ternampak dia mengambil duit syiling yang ada di dalam van itu.
Terkejut dengan kehadiran anggota polis, Mohd Yusri cuba melarikan diri bagaimanapun gagal kerana van tersebut telah dikepung.
Hasil siasatan Mohd Yusri gagal membuktikan van itu miliknya dan polis berjaya menjumpai duit syiling berjumlah RM14 di dalam poket seluarnya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/mengaku-salah-curi-syiling-dalam-van-1.418263