BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mengaku salah ambil dadah, Mamat didenda RM1,500

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KUALA LUMPUR 30 Jun - Bekas penyanyi kumpulan Exist, Mamat sekali lagi didenda RM1,500 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah, Mac lalu.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamaruddin yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu didakwa telah menggunakan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang di sini kira-kira pukul 11 malam, 26 Mac lalu.

Pemenang tempat ketiga dan persembahan terbaik hasil undian penonton program realiti Gegar Vaganza baru-baru ini yang meraih wang kemenangan RM20,000 itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Fadlyzil Ikram Norzailan Shah.

Sebelum ini, pada 1 April lalu, Mamat yang dituduh atas kesalahan yang sama dibawa ke Penjara Bentong untuk menjalani hukuman setelah gagal membayar denda RM4,500. - UTUSAN ONLINE
 
dapat 20ribu bayar seribu setengah jer xder hal..
 
smlm aku tgk pengakuan kat astro rsnye...kisah benar psl mat pit..susah gila babeng dia nak stop mnagih ni..2,3 kali masuk pusat pmulihan pon xjalan sbb mber2...

jd aku nasihatkan mamat..klu btol nak benti mnagih kna duk kat pulau..ataupon berhijrah ke bulan
 
smlm aku tgk pengakuan kat astro rsnye...kisah benar psl mat pit..susah gila babeng dia nak stop mnagih ni..2,3 kali masuk pusat pmulihan pon xjalan sbb mber2...

jd aku nasihatkan mamat..klu btol nak benti mnagih kna duk kat pulau..ataupon berhijrah ke bulan

bdak2 kg aku yg terjebak, aku tgk badan akan naik lps berubah...masuk pusat, kluar klu badan berisi maintain lame, mmg berubahla..tp klu makin leper, haremmmm...
 
kalau nak berenti, biasanya cara terbaik adalah pindah tempat lain.
dan yang lagi penting adalah diri sendiri.... nak ke tak nak berenti?

rugi la... ada bakat tapi sia2kan sbb terlibat dgn dadah.
 
percaya laaaah,janji ku ini....


janji tinggal janji
 
klo retis balik2 denda je
 
Back
Top
Log in Register