Mencari pemimpin boleh menang

CG Sponsors




dhiaperfumes

Banned
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
Ketika Perdana Menteri melontarkan konsep calon boleh menang atau winnable candidate yang akan mewakili parti dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lebih dua tahun lalu, ramai berasakan idea itu menarik bagi mengelakkan berulangnya tsunami politik dan menggelonsorkan pengaruh BN ke tahap lebih rendah.

Suatu ketika dahulu, mereka yang berasakan dirinya sebagai calon boleh menang ke sana ke mari memakai bush jacket dan amat rajin mendampingi pemimpin tertinggi melobi. Kini budaya itu sudah tiada, digantikan dengan pelbagai aktiviti mendekati akar umbi, maka pelobi ini akan sentiasa dilihat rajin turun ke bawah bila ada pemimpin besar datang.

Mereka tidak banyak membantu memperjelaskan kekeliruan ditimbulkan oleh pemimpin parti lawan. Ada sesetengahnya pula ikut terpengaruh sehingga lebih percayakan propaganda dibawa pemimpin pembangkang.

Perdana Menteri pernah khuatir dan mula merasakan kesukaran untuk menentukan calon benar-benar mampu menang, kerana mereka bijak menjadikan hubungan dengannya sebagai with cable candidate. Ini berlaku kerana masih ramai yang membayangkan dirinya sebagai calon boleh menang, sedangkan rakyat kebanyakan sudah membentuk ‘anekdot benci dan menyampah.” Orang seperti ini masih belum sedar diri, kerana itulah dilihat semakin pintar menyusun langkah.

Berdasarkan situasi PRU12, tidak semua ahli parti menyokong calon yang mewakili parti dianggotainya. Mereka bukan sahaja enggan memilih calon pilihan parti, bahkan ada kalanya melakukan silent protest, sama ada undi calon parti lawan, undi rosak atau tidak keluar membuang undi. Hal ini tidak banyak berlaku dalam PRU11, pembangkang hampir tidak bermaya tapi PRU12, berlaku tsunami.

Sedikit sebanyak fenomena ini bakal berlaku dalam PRU13. Riak-riaknya sudah ada kerana pemimpin yang dianggap terlalu lama menjadi wakil rakyat sebahagiannya dilihat oleh pengundi semacam terlebih berat bagasinya. Ini bakal memudaratkan parti kerana pengundi boleh beralih arah menjadi “silent protest” ataupun bosan.

Ketika menggariskan tujuh ramuan penting untuk kemenangan PRU13, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan keperluan bersatu bagi menjayakan agenda parti; setia kepada parti dan pemimpin; berkhidmat sepenuh hati kepada parti dan pemimpin; berjihad demi parti; berusaha menjadi ahli parti yang bagus; reda dan bertawakal.

Kesetiaan kepada organisasi merupakan asas yang perlu dihormati oleh setiap ahli, kerana menerusi organisasi itulah ia berjaya membangunkan kekuatan dan menyerlah perjuangan bersama. Mereka yang membelakangkan parti atau organisasi adalah pengkhianat.

Calon boleh menang bukan diukur berdasarkan kekuatan peribadi semata, ia dinilai dari penampilan peribadinya, berintegriti dan beradab. Orang yang berintegriti dan beradab sentiasa berikan perhatian kepada orang yang dipimpinnya.

Pemimpin bertanggungjawab tidak akan khianati orang ramai dan sentiasa turun ke bawah tinjau masalah rakyat.

Kerana itulah pemimpin dalam kategori ini akan disanjung dan dihormati sampai bila-bila. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah memberikan pedoman, seseorang pemimpin yang baik ialah tidak meminta diberikan kedudukan, kerana konsep kepimpinan itu bergantung pada kebijaksanaan seseorang untuk membangunkan kewibawaan organisasi dan rakyat diwakilinya.

Ketika Abu Dzar al-Ghifari meminta jawatan daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: Wahai Abu Dzar, engkau seorang yang lemah sementara kepimpinan itu adalah amanat. Dan nanti pada hari kiamat, ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan
kecuali orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa seharusnya ia tunaikan dalam kepimpinan...” (Riwayat Muslim).

Maknanya, seseorang yang dianggap pakar, berpengetahuan tinggi masih belum cukup untuk dimasukkan dalam kategori calon boleh menang.

Memimpin ialah satu kemahiran untuk menjadikan orang dipimpin menuju kehidupan lebih baik, bukannya mencari status untuk dihormati dan dipanggil YB.

Dia sentiasa ingat, bukan semua orang dipilih oleh ALLAH SWT untuk berkuasa dan menjadi wakil rakyat yang terbaik, berkesan dan diterima sebagai benar-benar calon mampu menang.
 
Sponsored Post

Lancelot

Super Active Member
Joined
Jan 21, 2010
Messages
6,535
Reaction score
9
Points
65
buat apa calon yang boleh menang tapi kaki perasuah dan mencuri harta rakyat masuk dalam poket sendiri
baik aku pilih pemimpin yang mementingkan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan diri dan kroni. lagi afdal
 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
calon boleh menang inikah yang dikatakan membawa transformasi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register