Baru bulan lepas company saya buat relocation VSAT kat area tongod, Kinabatangan. Sabah. Kes sama mcm Mr. Ley. Signal Hand Phone apa pun tak ada. Letrik pun tak ada (pakai generator), bekalan air pun tak ada (pakai air bukit sahaja)
Saya ambil pakej dari TM. Speed 512Kbps Download 384 kbps Upload. Satellite pakai IPstar KU band.
Harga pakej RM 549 setiap bulan kalau tak silap. Tapi sekali dengan telefon dan fax. Bil bulan pertama kena bayar upfront payment 12bulan (549 x 12) + installation charge (2200) + solar panel installation (sudah lupa tapi dalam 3ribu lebih. Matikan setem, dan lain - lain caj. Total dekat 18ribu juga. Signal satellite ikut cuaca. kalau gulap gilata. awan tebal kacau juga..
second month sampai cukup 1 tahun bil tak payah bayar sebab ditolak dari upfront payment tadi..