TT dulu saya kerja dekat singapore-benda ini memang/mesti buat di semua jenis rumah tak kira yang tiggi atau teres.Kat malaysia ini kurang ada kesedaran oleh pemaju tentang kebaikannya.Sopnya adalah seperti berikut:
Sejenis cat yang kalis air akan disapu pada permukaan lantai kemudian fiber akan dilekatkan pada cat selepas 1-2 jam satu lagi cat kalis air akan disapu,keesokan hari air akan dipenuhkan pada lantai untuk mengetahui ketahanan layernya,kalau ok,kerja2 seterus akan dimulakan,kalau tak,proses ini diulang.Ada satu lagi kaedah digunakan selepas pembinaan tamat(kalau ada kebocoran)iaitu mengunakan bahan seperti glue.Mula2 satu lubang akan ditebuk dikawasan yang dikenal pasti(retak/lubang).Kemudian satu host/paip akan disumbat kemudian pam digunakan untuk menekan masuk glue tersebut yang akan menutup segala lubang atau keretakan tersebut.Tak tahulah pula proses ini dilakukan di Malaysia.Just for the info.