BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,182.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

menara merdeka untuk apa....?

merdeka1.jpg

kredit to http://www.patchay.com/p/kuala-lumpur-urban-developments.html


Warisan Merdeka Tidak Gugat Menara Berkembar Petronas
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

KUALA LUMPUR: Projek bersepadu dinamakan Warisan Merdeka yang akan menjadi mercu tanda kebanggaan negara seperti dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2011 tidak akan menggugat Menara Berkembar Petronas.

Projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka itu dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara termasuk pembinaan sebuah menara 100 tingkat di Malaysia.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen melihat projek bersepadu itu berupaya meningkatkan imej Malaysia terutama dalam sektor pelancongan.

“Kewujudan menara 100 tingkat ini akan meletakkan Malaysia dalam peta pelancongan dunia yang menunjukkan kecemerlangan dan kemodenan negara.

“Ini kerana projek bersepadu ini memberikan keseimbangan dalam sektor pelancongan dari segi budaya, tradisi dan kemodenan yang akan menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Jumaat.

Mengenai Malaysia sudah mempunyai mercu tanda tumpuan pelancong dunia iaitu Menara Berkembar Petronas, Yen Yen berkata, masih ada ruang untuk mewujudkan mercu tanda baru kerana kebanyakan negara masing-masing berfikiran sedemikian.

“Shanghai (China) mahu bina bangunan lebih tinggi yang baru begitu juga dengan Taipei, Taiwan. Jadi kenapa kita perlu ketinggalan ke belakang?

“Tak kan kita hanya mahu tertumpu kepada Menara Berkembar sahaja. Warisan Merdeka tidak menggugat mana-mana mercu tanda tetapi merancakkan lagi tarikan untuk pelancong,” katanya.

Beliau menambah, jika Malaysia hanya mengharapkan yang satu dan tidak melakukan pembaharuan maka negara tidak akan ke hadapan.

“Paling penting adalah kita mampu melakukannya. Ini menunjukkan perkembangan dan persaingan dengan negara-negara lain seiring peredaran masa,” katanya.

untuk pelancongan rupanya...kementerian pelancaongan tak nak ke tgk sejarah silam dorang kasi licin duit atas nama pelancong?

bagus projek niy..setuju untuk pembangunana ekonomi...
 
najib lebih rela bagi 500 duit penjawat awam beli kain baju,,,dan kenyangkan kroni dgn berjuta2 RM ...sedarlah wahai bangsaku ..kita dirogol oleh umngok setiap hari, setiap detik ..

xdela...pandai2 je kou niy..
 
yang aku heran kenapa la negara eropah tak pulak berlumba nak cucuk menara tinggi2. Yang belah asia je nak barang tinggi.

mane la ko dapat info niy..adoh2..mereka lagi berlumba2 la...aduh ko niy..
 
Kita panggil Menara ~The Arrival~ best gaks...hehe.. satu lagi projek pejahanaman subsidi rakyat...tahniah Malaysia kita ~SEGALANYA BOLEH~

xde la mcm tue..apa lah ko punya fikiran x membangun langsung...
 
kata negara nak bengkrap sampai kena hapus subsidi.
camni lak jadi dia.
moga2 pemimpin menipu mati cepat.

ntah kate negara nak bankrap..??
dh la ni satu hal, nak hanto seko lg pegi naik angkasa..
moga2 naikla seorg pemimpin yg adil... Amiiin
 
RM5b - Untuk ratyat @ Menara warisan?

aku x pandai nak bukak poll. tetapi kepada tuan2 hamba yang bermastautin dan berpijak di bumi bernama malaysia ini....adakah duit pelaburan ratyat berbaloi untuk projek mega ini? sila berikan pendapat.......
 
bg saya menara ni satu pelaburan bagus untuk negara..selain itu dapat mengkayakan lagi kontraktor dan org2 tengah yg menjayakan projek ini...tahniah bang jib!

:)paid
 
hishhh...pelik,nnt org yg kutuk2 ni juga amik gambar kt sna..
dh siap,berlumba2 minta keja
dh ludah jilat balik,ahh tu la manusia skg..
 
hishhh...pelik,nnt org yg kutuk2 ni juga amik gambar kt sna..
dh siap,berlumba2 minta keja
dh ludah jilat balik,ahh tu la manusia skg..
kalau dah siap tak boleh kata apa dah. Ambik gambar je lah. Masa belum buat lagi ni la nak luahkan perasaan. Harap2 gomen batalkan projek ni. Byk lagi perkara perlu didahulukan dari projek menara ni.

Hairan tak? Dulu gomen kata kalau turun harga minyak negara boleh bankrap tapi lepas turun tak bankrap pun.

Hairan tak? Dulu gomen kata negara akan bankrap kalau kerajaan tak berhemah dalam perbelanjaan tapi boleh plak bajet utk buat menara sampai RM5billion.
 
Back
Top
Log in Register