BTC USD 83,606.9 Gold USD 4,182.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

menara merdeka untuk apa....?

Minta pencerahan sikit. Aku ni kurang pengetahuan bab2 budget negara ni.

Aku nak tanya, kalau projek menara ni dibangunkan oleh PNB bermakna ianya dibiaya oleh PNB bukan? PNB pula dananya adalah berpunca dari modal pelabur-pelabur amanah saham dan sebagainya. Oleh itu, kalau modalnya bukan dari gomen kenapa ia dimasukkan dalam budget gomen?
 
najib pn nk ade bangunan sendiri jugak cm mahathir buat klcc..paklah je xsempat buat ape2 hehe
 
Minta pencerahan sikit. Aku ni kurang pengetahuan bab2 budget negara ni.

Aku nak tanya, kalau projek menara ni dibangunkan oleh PNB bermakna ianya dibiaya oleh PNB bukan? PNB pula dananya adalah berpunca dari modal pelabur-pelabur amanah saham dan sebagainya. Oleh itu, kalau modalnya bukan dari gomen kenapa ia dimasukkan dalam budget gomen?

kalo dalam budget dah umum PNB yg uruskan projek ni maknanya...

semua duit budget ada di kementerian kewanagn (MOF) yg dikawal oleh treasury / perbendaharaan...(kalo sy tak silap)

MOF akan diburstkan duit ni kepada mana2 agensi atas kebenaran Menteri kewanagn yg mendapat nasihat dan pandangan dari kakitangan MOF sendiri..kalo la PNB yg uruskan buat menara tu gomen akan berikan duit peruntukan ini kepada PNB terus dalam bentuk geran..

atau pun

diagihkan mengikut peruntukan mengurus dan pambenagunan yg telah ditetapkan dalam buku budget kepada mana2 kementerian / jabatan diorg yg akan uruskan duit2 budget ni

ato pun maybe ada pendekatan lain yg gomen ambil...

bukan buat menara tu pakai duit PNB habih duit PNB nanti hehehehe

tapi rasanya maybe dapat kat petronas ato pun UEM atopun pada khazanah nasional berhad sbb skg semua project gomen back to gomen..melainkan gomen tak ada kepakaran dalam bidag utu baru cari company luar..or maybe ada JV dengan company luar

just my 2 cents
 
Last edited:
esok dah siap rakyat malaysia gak yang tumpang bangga

sama macam zaman mahathir dulu

ramai yang hentam dia kononnya bazirkan duit rakyat wat projek mega

tapi sekarang dok puji2 pulak :D
 
Budget 2011, Najib nak lawan Tun Mahathir?

Berdasarkan pembentangan bajet 2011 semalam, Sebuah bangunan yang tertinggi di Malaysia akan dibina dengan kedudukannya berhampiran Stadium Merdeka yang akan menelan belanja sebanyak RM5 bilion berdasarkan kenyataan Perdana Menteri di dewan parlimen semalam. Ia dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2015 di dalam projek yang dikenali sebagai Warisan Merdeka.

Bangunan setinggi 100 tingkat itu yang belum diketahui tingginya dijangkakan tidak akan menewaskan bangunan tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa di Dubai. Burj Khalifa berukuran 828 meter tinggi dengan menempatkan 160 tingkat.

Namun begitu bangunan itu dijangka akan dapat menandingi ketinggian bangunan kedua tertinggi di dunia, Taipei 101 dengan ketinggian 101 tingkap pada ukuran ketinggian 509 meter.

Nampaknya bangunan Najib ini akan mengalahkan Bangunan Tun Mahathir iaitu Menara Berkembar Petronas yang suatu masa dahulu pernah memegang rekod bangunan tertinggi di dunia pada ketinggian 452 meter menempatkan 88 tingkat. Seperti Tun Mahathir yang sudah bersara ,jelas sekali Najib bakal mencipta sejarah tersendiri sebagai tanda ingatan untuk rakyat apabila beliau tiada nanti. Iaitu bangunan yang pernah dibina olehnya semasa menjadi pemerintah Malaysia

Apa keperluan bangunan sehingga 100 tingkat ini dibina di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur? Apa sumbangannya kepada ekonomi negara di saat rakyat sedang bersusah payah meneruskan hidup dalam keadaan yang gawat ini.

Apa yang jelas niat Najib terpampang di dalam projek ini untuk mengalahkan projek di zaman Tun Mahathir. Beliau ingin menunjukkan kononnya dia juga boleh buat bangunan yang bakal dikenang rakyat. Inikah pemimpin yang bijak? Memperabis duit negara untuk kepuasan diri.


Source: http://cari.gold/2010/10/budget-2011-najib-nak-lawan-tun.html


Habis jahanam duit rakyat ~X( ~X(
 
esok dah siap rakyat malaysia gak yang tumpang bangga

sama macam zaman mahathir dulu

ramai yang hentam dia kononnya bazirkan duit rakyat wat projek mega

tapi sekarang dok puji2 pulak :D

tu zaman bagunan paling tinggi xde.. skang KLCC dah ade sudah la..

duit tu kalau upgrade kasi internet laju pun ade gk paedah...
dari dulu sembang power nk upgrade internet laju gile2.. tp cam harem..

sampai skang aku nk dowload movies supernatural pun mau tunggu berjam2 siot je... ~X( ~X(
 
Nanti aku surf... Dapat gambar menara cun ni aku tepek..
 
menara merdeka nih untuk depa merdeka kali ke dua kut :)):))
 
jgn roboh mcm kat stadium kuala terengganu dah la.. detik2 terakhir bn katakan, terpaksa buat projek mega utk poket masing2 sebelum pru-13
 
tu zaman bagunan paling tinggi xde.. skang KLCC dah ade sudah la..

duit tu kalau upgrade kasi internet laju pun ade gk paedah...
dari dulu sembang power nk upgrade internet laju gile2.. tp cam harem..

sampai skang aku nk dowload movies supernatural pun mau tunggu berjam2 siot je... ~X( ~X(

hang amik pakej murah,tu pasal berjam2 ... cuba hang amik pakej mahal,sure berdesup donlod ... :eek: :eek: :eek:
 
Back
Top
Log in Register