BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Menara Komunikasi Digi, Maxis & Celcom Terbakar

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Menara Komunikasi Digi, Maxis Dan Celcom Terbakar, Pulih Selewatnya Ahad Ini;

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan telah berlakunya satu insiden kebakaran menara komunikasi melibatkan sebuah Menara komunikasi milik pihak Digi yang dikongsi bersama dengan Celcom dan Maxis.

Lokasi insiden itu dilaporkan berlaku di Batu 10, Hutan Melintang, Perak. sekitar pukul 7.00 pagi, Jumaat 4 Jun 2021. Setakat berita ini dilaporkan, pihak SKMM tidak menyatakan punca kebakaran di menara komunikasi berkenaan.

Berikutan daripada insiden kebakaran tersebut, gangguan liputan komunikasi dan Internet dijangka berlaku bagi tempoh beberapa hari.

SKMM juga memaklumkan yang mereka telah mengarahkan semua penyedia perkhidmatan yang berada di menara komunikasi tersebut untuk melaksanakan kerja baik pulih dengan kadar segera bagi memulihkan rangkaian komunikasi yang terjejas.

SKMM juga menjangkakan rangkaian komunikasi yang terjejas akan pulih sepenuhnya selewat-lewatnya Ahad ini.

SKMM-Rankaian-4G.jpg

Sumber asal https://www.skmm.gov.my/en/media/press-releases/menara-komunikasi-terbakar-di-batu-10-hutan-melint
 
Kerja - Kerja Baik Pulih Di Menara Komunikasi Terbakar Selesai Sepenuhnya

Pada 4 Jun lalu dilaporkan bahawa telah berlakunya insiden kebakaran melibatkan menara komunikasi Batu 10, Hutan Melintang, Perak. Menara komunikasi yang terbakar itu adalah milik pihak Digi tetapi dikongsi bersama dengan penyedia rangkaian Celcom dan Maxis. Selepas beberapa hari kerja pembaikan dijalankan, hari ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih di menara komunikasi itu telah pun siap sepenuhnya pada Ahad, 6 Jun seperti yang dijanjikan.

Penduduk setempat yang mengalami gangguan disebabkan kejadian tersebut kini telah dapat kembali menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan Internet seperti sedia kala.

Sumber asal https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/m...RA_KOMUNIKASI_BATU10_HUTAN_MELINTANG_SIAP.pdf
 
Back
Top
Log in Register