BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menabung 35 tahun di TH

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
06hma26k.transformed.jpg

Abdul Aziz bersama Rasidah memeriksa tanda pengenalan sebelum mendaftar masuk di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.​


Kelana Jaya: Menyimpan di Tabung Haji (TH) sejak 35 tahun dulu meluaskan pintu rezeki buat Abdul Aziz Ahmad, 54, dan isterinya Rasidah Abd Karim, 53.

Dia yang bekerja sebagai Pembantu Pegawai Teknik Telekom Malaysia (TM) di Melaka tidak menyangka menerima panggilan TH untuk menjadi tetamu Allah kali ini.

Menurut Abdul Aziz, dia bersyukur apabila dipanggil dalam keadaan cukup bersedia.

"Tahun lalu saya membawa isteri dan anak-anak mengerjakan umrah. Tak sangka tahun ini dapat peluang mengerjakan haji pula bersama isteri.

"Bagi saya dan isteri, inilah masa yang kami tunggu-tunggu. Selepas 35 tahun membuat potongan gaji untuk simpanan ke Makkah, ini adalah nikmat paling manis," katanya.

Abdul Aziz dan isteri antara 450 jemaah kumpulan ke-39 (KT39) yang ditemui sebelum mereka berangkat mengerjakan haji tengah malam semalam.

Dalam pada itu, Rasidah berkata, dia tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci kali ini.

"Perasaan bersyukur tak terhingga kerana diberi kesihatan yang baik dan peluang ke Tanah Suci dalam tempoh terdekat.

"Kami juga sempat membuat banyak persediaan dan berharap dapat mengerjakan ibadah dengan tenang di sana nanti," katanya.



Source: http://www.hmetro.com.my/node/75577
 
Aku rasa aku ada buku tabung haji dr kecik lg

Abah potong gaji
 
Back
Top
Log in Register