BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Membunuh bola sepak kami'

agenloan

Active+ Member
Messages
4,242
Joined
Oct 17, 2011
Messages
4,242
Reaction score
50
Points
35
KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menyifatkan hukuman terbaru yang dikenakan terhadap Sarawak iaitu denda RM46,000 dan beraksi di stadium yang kosong selama empat perlawanan sebagai 'membunuh bola sepak negeri itu'.

Timbalan Presiden FAS, Mohammad Abu Bakar Marzuki berkata, hukuman tersebut tidak setimpal dengan insiden yang berlaku kerana ia bukannya melibatkan rusuhan besar-besaran.

"Cuba bayangkan apabila bermain tanpa membenarkan penyokong untuk hadir. Sudah tentu ia akan memberi kesan yang amat besar buat kami.

"Mereka yang terlibat ketika kejadian telah pun ditahan kerana kita tidak berkompromi dengan penyokong yang melakukan kesalahan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan denda RM46,000 kepada FAS dan larangan bermain di Stadium Negeri, Kuching dengan kehadiran penonton selama empat perlawanan yang berkuat kuasa serta-merta.

Hukuman itu meliputi kesalahan seperti gagal menyediakan kawalan keselamatan yang berkesan, penyokongnya menyerang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), membaling mercun dan botol minuman terhadap penyokong Kelantan serta penolong pengadil, Azman Ismail dan ketika sepakan sudut pasukan pelawat di belakang gol tuan rumah.

Malah, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Datuk Taufik Razak memberitahu RM1,000 daripada denda tersebut dikenakan kerana FAS didapati menghina FAM apabila lewat menghantar kertas pembelaan dalam menjawab keempat-empat pertuduhan iaitu melebihi pukul 12 tengah hari 23 April lalu.

Lebih membebankan FAS ialah apabila kesemua hukuman yang dikenakan itu tidak boleh dikemukakan rayuan.

Dalam masa yang sama Mohammad Abu Bakar berharap FAM mengkaji semula hukuman yang dikenakan itu kerana ia terlalu berat buat FAS.

Menurutnya, FAS akan menghantar surat untuk memperhalusi hukuman tersebut kepada FAM minggu depan.

"Saya percaya setiap undang-undang di dunia ini pasti ada ruang untuk membuat rayuan atas budi bicara.

"Kita tidak rancang sampai mahu mengadakan protes semata-mata di sebabkan oleh hukuman tersebut kerana masih ada saluran yang terbaik," katanya.


Kesian betul kat pasukan SARAWAK, bila penyokong fanatik, FAS yang jadi mangsa, FAM patut buka ruang untuk buat rayuan
 
bab saman2 FAM memang cekap
 
FAS tarik diri jer. nanti kalau negeri lain kena plak.. tarik diri juga. lama FAM panas bontot ler.
 
FAM klu nak carik duit mmg pandai.boikot FAM weii.tiket tak seberapa,kena pau ngan FAM lagik.gaji pemain sapa nak bagi?
 
dah cam taik judi memang grand price la si FAM nih....

persatuan negeri pakat ler sesama supaya tarik diri dr sertai liga bolasepak anjuran FAM nih...
 
aku pn nak boikot gak g stadium,kalo ramai2 boikot mst FAM terima kesannya
 
Back
Top
Log in Register