BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Standard Bola Sepak Kita

am kurizawa

Active+ Member
Messages
2,708
Joined
Jul 4, 2009
Messages
2,708
Reaction score
15
Points
25
xpix_topright.pagespeed.ic.bTjBDczovS.jpg


Nak tau kelab apa yang lawan skuad Rimau Melaya bsok?

check link bawah ni..:">:D

http://www.clubmarconi.com.au/

Result :

Marconi Stallions 2 - 0 Malaysia



Legend pun dh bersuara...

JIKA pasukan berstatus kelab sukar untuk ditewaskan, lupakan sahaja hasrat menyambar tiket pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

Itu reaksi seorang legenda bola sepak kebangsaan terhadap skuad Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan kedua berdepan Sydney Olympic FC di Padang Sukan Belmore, Sydney hari ini (5 petang waktu Malaysia).

Beliau yang enggan namanya didedahkan berkata, sebarang keputusan dalam aksi tersebut tidak memberikan apa-apamakna buat skuad Harimau Malaya.

Sebaliknya, ia hanya mengundang kecaman banyak pihak, terutamanya apabila Harimau Malaya dimalukan Canberra FC dengan kekalahan 2-3 minggu lalu.

“Kita pasukan kebangsaan, mengapa perlu berdepan pasukan berstatus kelab.

“Jika tewas, bukankah kita juga yang malu besar? Jadi, tiada lagi alasan untuk kita tewas (berdepan Sydney Olympic hari ini) selepas tumpas kepada Canberra tempoh hari.

“Sekiranya pasukan berstatus kelab pun sukar untuk kita tewaskan, saya tidak nampak sebarang kemungkinan kita mampu mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merahsiakan pertukaran pasukan yang akan ditentang Harimau Malaya dalam baki dua lagi aksi di Australia.

Mengikut jadual asal, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal sepatutnya berdepan Marconi Stallions hari ini.

Namun, ia dipinda Khamis depan manakala aksi berdepan satu lagi pasukan iaitu Sydney United yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama pula dibatalkan.

Pada 3 Jun lalu, laman Twitter rasmi Sydney Olympic juga mengesahkan bakal berdepan Harimau Malaya hari ini.

Sehingga semalam, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan FAM berhubung perkara itu.

“Saya hairan dengan situasi ini, mengapa ia perlu dirahsiakan?

“Saya akui, atas kertas reputasi Sydney Olympic juga bukan calang-calang kerana muncul naib juara Liga South Wales musim lalu.

“Bagaimanapun, ada baiknya ia dimaklumkan kepada umum bagi mengelak sebarang spekulasi,” jelasnya.

Untuk rekod, siri jelajah Australia itu merupakan persiapan Rajagobal membentuk barisan terbaik sebelum berdepan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam aksi peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2015 pada 15 Oktober depan.

Ketika ini, skuad negara menduduki tangga ketiga Kumpulan D dengan tiga mata selepas dikecewakan Qatar 0-2 sebelum kembali bangkit mengecewakan Yemen 2-1 di Stadium Shah Alam, 22 Mac lalu.

Harimau Malaya juga bakal berdepan Chelsea pada 21 Julai dan Barcelona (10 Ogos) dalam dua lagi aksi persahabatan sebelum menyambung misi dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...ub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2VqMJ7q4O
Hakcipta terpelihara
 
Last edited:
kira ok la tu, penat lawan bola, boleh lepak2 minum.
 
ditubuhkan 1956..legend tu..mungkin mata kita nmpk mcm sampah je
 
ada pegawai yang cari lubuk biz ni..
 
Entah liga ke benda team ni main,.bengap sgt yg atur game ni
 
aku cukup menyampah dng rajagobal dn pengurus. mmg takda otak punya org.
AMAT MEMALUKAN NEGARA g lwn dng tim div 2. huhu vengong yg amat!!
cer tgk pic dlm metro smlm, canberra tu player sambilan, buncit2 pun ada.
tapi HM blh kalah pulak tu.
mmg sengal punya gobal.
coach lain semakin hari semakin nak maju, gobal si.al ni semakin hari semakin nak mampuskan bola malaysia.
 
kene tegur membina skit katenya mengutuk..

mungkin diorg igt penyokong ni x taw pasal

bola agaknya..
 
Back
Top
Log in Register