BTC USD 80,397.5 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Membuka stesen minyak sendiri

bagi saya bukak stesen minyak memang untung walaupun untung seliter 5sen..mengikut anggaran purata,kalau setiap kereta isi minyak rm 50 skali isi,kira2 untung dapat rm 2.50..kalau ade 100 bijik kereta sehari dah dapat rm 250 untung bersih sehari.kali 30 hari?dah rm7500 sbulan..2 tak termasuk dengan kenderaan lain,diesel lg,lg2 skang stesen minyak dah macam kedai runcit..tp walaucmane pn,tuan punye stesen mstla kne turun padang sntiase..

RM 250 tu untung kasar bukan bersih. Kena tolak expense kedai, gaji, utilities dll. Katakan RM 250 - 100 (belanja kedai & gaji sehari) = Rm 100 bersih + kadar untung kedai petronas RM 100 = RM 200 untung bersih sebenar.
 
Ooooo....cam stesyen minyak kat felda2...
Tapi aku tgk semo tak kekal lama...
 
bole cuba,mana tau ada rezki kat situ...
 
saya ada sebidang tanah. tanah saya ni kalau ikut lokasinya memang strategik sebab ia terletak di jalan utama antara Kota Bharu dan PCB. berkebetulan, di antara Kota Bharu dan PCB tu tiada sebarang stesen minyak. yang ada pun ialah Stesen Mini yang terletak di jalan menghala ke Kuala Besar.

Tanah saya terletak di Kg Penambang, bersebelahan dengan Sek. Men. Penambang tu.

ada 2 masalah kat sini:

1) saya kekurangan modal
2) tanah saya ni ada risiko banjir setiap tahun. tapi pendapat saya. dengan teknologi yang ada sekarang ni, mungkin kita boleh naikkan menambun tanah tersebut kepada paras ketinggian yang melepasi paras banjir.

jadi, saya minta pendapat encik tuan punya thread :)

banjir 2/3 hari je dlm setahun abe weh

sene jah tuh...
 
Dapatkan suntikan modal daripada pelabur bagi membuka stesen minyak anda sendiri

Bagaimana Cara Untuk Memohon Suntikan Modal Daripada Para Pelabur?

Tahukah Anda? Di sekeliling kita terdapat ramai tokoh perniagaan yang berani mengambil risiko dengan melabur dalam apa jua bisnes?. Alasannya, kadar keuntungan yang tinggi akan menjadikan pelabur berebut melabur dalam pelbagai bisnes yang besar keuntungannya dan bisnes yang terjamin. Mereka adalah para pelabur yang jadikan pelaburan dalam perniagaan sebagai kerjaya tetap. Banyak jenis perniagaan perlukan modal yang besar. Salah satunya adalah perusahaan stesen minyak. Untuk membuka stesen minyak, usahawan perlu membentangkan kertas kerja /rancangan perniagaan kepada para pelabur. Bagi bakal pengusaha stesen minyak yang tidak mengentahui cara membuatnya atau ingin mengupah orang membuatnya, BSI sedia membuat kertas kerja untuk tujuan tersebut. Jika ingin mendapatkan khidmat nasihat selanjutnya, sila emelkan ke [email protected]
 
Kalau tempat saya praktikal dulu.. Caltex. :)

Margin untung

RON 97 = 13 sen
RON 95 = 13 sen
Diesel = 7 sen

Saya rasa kat lain pun sama je kot margin untung pengusaha.

Pengusaha order minyak based on harga. Biasanya macam bos aku, contohnya dia order 12,000 liter. Jadi dia kena darab lah

Satu yang bestnya berniaga petrol ni, cukai tak dikenakan atas petrol. Katakan modal RM1.93 diperlukan untuk beli seliter RON97 (dari pembekal). Maknanya kau kena keluarkan cuma RM1.93 untuk beli petrol. Tak ada cukai jualan dikenakan.
 
Kalau tempat saya praktikal dulu.. Caltex. :)

Margin untung

RON 97 = 13 sen
RON 95 = 13 sen
Diesel = 7 sen

Saya rasa kat lain pun sama je kot margin untung pengusaha.

Pengusaha order minyak based on harga. Biasanya macam bos aku, contohnya dia order 12,000 liter. Jadi dia kena darab lah

Satu yang bestnya berniaga petrol ni, cukai tak dikenakan atas petrol. Katakan modal RM1.93 diperlukan untuk beli seliter RON97 (dari pembekal). Maknanya kau kena keluarkan cuma RM1.93 untuk beli petrol. Tak ada cukai jualan dikenakan.



Kalau beli RM10,000 petrol, kau dapat margin untung RM650 lebih kurang. Beli RM10,000 diesel, kau dapat 3++ lebih kurang. Diesel marh=gin sikit, tapi biasanya orang beli dalam kuantiti banyak
.
 
Back
Top
Log in Register