strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
KUALA LUMPUR 26 Sept. - Kurang pendedahan terhadap pengurusan kewangan menyebabkan ramai orang Melayu terjerat dengan masalah hutang dan muflis berbanding kaum lain di negara ini.
Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohamad Azhar Hashim berkata, kebanyakan orang Melayu tidak dididik dalam dunia perniagaan hingga sukar untuk mereka menguruskan kewangan dengan lebih sistematik.
Beliau berkata, berbanding kaum lain di negara ini, mereka lebih banyak didedahkan dengan kegiatan perniagaan dan perdagangan yang secara tidak langsung membantu untuk menguruskan kewangan dengan lebih teratur.
"Orang Melayu ini kurang didedahkan dengan perniagaan. Rata-rata mereka lebih banyak bekerja dalam sektor awam dan pertanian.
"Jadi, mereka perlu didedahkan dengan lebih banyak ilmu berkenaan pengurusan kewangan yang bukan sahaja boleh didapati di sekolah tetapi juga sejak dari peringkat lebih awal lagi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Seminar Beban Hutang Isi Rumah, Punca dan Penyelesaian di sini hari ini.
Mohamad Azhar berkata, kebanyakan masyarakat yang mengalami masalah kewangan juga sering menganggap mereka sebenarnya sudah bijak dalam menguruskan perbelanjaan seharian.
"Kadang-kadang masyarakat rasa sudah pandai untuk menguruskan kewangan tetapi sebenarnya mereka masih tidak mampu melakukannya secara sistematik. Ini kerana mereka masih belum mampu membuat bajet serta mengagihkan perbelanjaan seharian.
"Malah, tidak ada masalah juga jika mereka nak mengamalkan gaya hidup mewah, tetapi mereka juga mesti tahu ke mana perginya duit perbelanjaan serta bagaimana boleh meningkatkan pendapatan," jelasnya.
Sementara itu, Pengarah Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Norhazlina Ibrahim pula menasihatkan orang ramai untuk memastikan kewangan mereka kukuh sebelum membuat keputusan melabur dalam sesuatu perkara.
"Jika kita ada lebihan pendapatan baru buat pelaburan dan jangan sesekali meminjam untuk membeli atau melabur bagi mengelakkan kita berhutang sekiranya ada apa-apa berlaku," jelasnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140927/dn_09/Melayu-tidak-mahir-urus-wang