BTC USD 83,837.0 Gold USD 4,170.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melayu kite....ape pandapat anda??

wa ada tak setuju beberapa pendapat kat sini
seriusly, mmg betul apa yg depa kata pasal melayu kat sini
macam surat2 layang tuh
kita tau betul pasal apa
pasal kita melayu, kita dalam kaum kita sendri
kita tau n paham benar selok belok bangsa kita snedri

kita tau ke apa yg bangsa lain tak sama cam kita
kita just nampak luaran dia jek
cam contoh bangsa cha ya nun alif
sapa kata depa sepakat unite gila babi
sama jek
mana ada istilah sifat2 bangsa
lumrah bangsa
yg ada cuma dah sifat manusia
lumrah manusia

ni apa yg aku rasa la. kita patut bangga apa yg kita ada, bangsa kita, negara kita. biarla org kutuk kita ke apa ke. ni cuma pandangan jek k. maybe aku ada salah kata k, harap betul kan k, wakakakakaka k.

jgn mare ek wan k :-D
 
wa sokong semua...ini sumer lumrah alam..saper kata orang melayu tak unite? tgk kat luar negara sana...orang tak kenal saper pun kalau jumpa bangsa sendiri mesti nak berkenalan..senang citer ini perkara biasa..setiap bangsa kalau dah kat tempat sendiri biasanya berpecah..tgk korea..tgk vietnam ..tgk germany..kalau korang belajar sejarah mesti korang tau..biasa la kalau dah kat kampung sendiri masing masing nak tunjuk jaguh kampung tapi bila kat luar baru nampak unite sikit..sebab tu kita nampak orang kelate unite..sebab diorang banyak duduk kat luar dari tempat asal diorang...harap harap aku nyer posting nih tak menyakiti mana mana pihak...apa apa hal...aku tak penting sangat bangsa ni..aku penting agama...apa ada pada bangsa? kita semua cucu cicit adam...bagi aku agama je yang buatkan kita lain..
 
bono79 said:
aku cadangkan yg mana2 melenting tu, masuk pertandingan kick boxing anjuran Belia 4B Melaka Tengah nanti...pepah cukup2 lawan anda....huhuhu....
Hu hu hu. Sensitip ni .. sensitip bila sebut Melaka Tengah ni :lol:

Benda macam ni dah dibincangkan sekian lama dah sampai aku malas nak baca kesemua point di atas. Dan ada antara point di situ aku boleh sangkal. Ada yang sebut pasal gitar kapok tak? Kalau tak ada, maknanya ko sudah tertinggal untuk paste point itu atau email yang ko terima tidak lengkap. Cuba tanya orang seperti bono79, the_bloodmage, auks ke, berapa instrumen mereka ni boleh main?

Mengenai English pula, aku boleh cakap yang sebenarnya kita orang Melayu ni MALU kalau salah nak cakap English. Satu lagi, sebab suasana kita sendiri takut digelar tak sedar diri. Aku bukan nak kata, tapi English kaum lagi satu tu pun bukan bagus sangat cuma dia yakin untuk bertutur. Sebab itu ada istilah English "Singlish" atau "Manglish" yang merujuk kepada English yang komponen utama ialah English yang mereka tuturkan tetapi ada pengaruh tempatan (Melayu/Cina) seperti "Don't know lah".

Majalah hiburan itu, aku tak sangkal. Cerita Hindi, aku tak sangkal. Perkara ini terjadi pada kawan aku. Tapi, dia ni pengaturcara di salah syarikat pelopor IT Malaysia. Maksud aku di sini, ada tak siapa antara kita yang tiada hobi atau perkara yang mengarut yang tidak pernah dibuat? Mesti ada kan. Kalau kita lihat orang Barat, lagi la banyak benda mengarut buat. American's Funny Home Video's tu bukan mengarut? Fear Factor tu tak mengarut? Akan tetapi, apa yang membezakan mereka dan kita ialah, selain dari kemengarutan mereka, mereka ada kualiti yang lain.

Aku setuju, Melayu perlu berubah. Tapi, bangsa kita sebenarnya 'bangsa baru' atau bangsa alternatif jadinya, kematangan kita tidak seperti bangsa Cina contohnya, yang dah punya empayar beratus-ratus ribu kilometer sejak beribu tahun dahulu. Punya Tembok Besar China. Kita?

Bangsa kita bangsa kecil sebenarnya. Kalau kita mahu buat sesuatu model, kita modelkan orang Finland (Suomi). Negara Finland, cuma ada lebih kurang 5 juta tetapi mereka boleh bangunkan negara mereka dengan baik.

Kenapa bangsa kita tak juga maju-maju? Kita suka beretorik. Simposium sana-sini, tetapi tiada tindakan. Macam mesyuarat kerajaan juga la. Yang penting, mesti ada makan! Lepas 88 kali mesyuarat, barulah sesuatu pelan diluluskan.

Mengenai Melayu Kelantan, maaf cakap, mereka cuma bersatu sesama mereka dan kurang integriti secara nasional.
 
zolympus said:

cagherrr bro....setuju abisssss wa ngan lu bro....terutama yg bold tu...couldn't agree more than that !! thumbs up !!
 
Bukan nak KUTUK bukan nak SINDIR dan bukan nak PERLI...tapi HAKIKAT yang perlu diterima.

Pandangan aku sebagai seorang MELAYU juga ade perbezaannya TAPI bukan semua hanya SEGELINTIR sahaja yang mungkin tergolong dalam golongan ini:

1-MELAYU MUDAH LUPA.
>>Bila diberi kedudukan di SALAHGUNA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SAHAJA.

2-MELAYU SUKA MENIKAM DARI BELAKANG.
>>Bila ditolong/diberi peluang dibalas RACUN dan ASID.

3-MELAYU BONGKAK DAN ANGKUH.
>>Bila Bercakap suka membesarkan DIRI. Suka Menipu dan Bersandiwara.

4-MELAYU TIDAK SEDAR DIRI/RASA HEBAT.
>>Bila Dia Lupa dari mana ASAL USUL nya.Tidak Mengenang Budi/Jasa.

5-MELAYU GILA NAMA dan KUASA.
>> Suka dipuji-puji...dipanggil dengan gelaran x kira Tok/Tuan Guru..Sifu..otai.. walhal sebenarnya HAPRAK semata-mata.

6-MELAYU TAMAK DAN HALOBA.
>>Diberi Betis Hendak Peha....

7-MELAYU HANYA PADA NAMA
>>Bercakap mmg power dan profesional. Tapi hati BUSUK dan PENUH IRI HATI...

8-MELAYU TIDAK TAHU MALU/MUKA TEMBOK
>>Bila Bersalah tidak mengaku dan x belajar dari kesilapan lalu.

Pada mereka2 ini la yang merosakkan nama baik orang MELAYU.. Mudahan kita x TERGOLONG dalam kelompok ini.
 
zolympus said:
Dan ada antara point di situ aku boleh sangkal. Ada yang sebut pasal gitar kapok tak? Kalau tak ada, maknanya ko sudah tertinggal untuk paste point itu atau email yang ko terima tidak lengkap.

Saje tak bubuh semua sbb saye rase dah ramai dah dapat email tuh...cube nak dapatkan pendapat ramai! Takde soal lengkap tak lengkap....yg penting, kesedaran diantara kite yg terlupe.....

zolympus said:
Cuba tanya orang seperti bono79, the_bloodmage, auks ke, berapa instrumen mereka ni boleh main?

saye tahu ramai antara kite yg berbakat...even saye sendiri bermain muzik. Tapi persoalannye, sampai mane tahap industri muzik kite?? actually takde kene mengena dalam soal kemajuan melayu pun...hehehe...

zolympus said:
Mengenai English pula, aku boleh cakap yang sebenarnya kita orang Melayu ni MALU kalau salah nak cakap English. Satu lagi, sebab suasana kita sendiri takut digelar tak sedar diri. Aku bukan nak kata, tapi English kaum lagi satu tu pun bukan bagus sangat cuma dia yakin untuk bertutur. Sebab itu ada istilah English "Singlish" atau "Manglish" yang merujuk kepada English yang komponen utama ialah English yang mereka tuturkan tetapi ada pengaruh tempatan (Melayu/Cina) seperti "Don't know lah".

Saya setuju dgn pendapat ni.yg ni lagi satu masalah kite. Malu tak kene tempat. Kite perlu sedar yg dunia sekang dah di monopoli oleh bangsa asing. So english akan diutamakan. Cube kite balik pada zaman kesultanan melayu melaka. Dunia menggunakan bahasa ape?? Sebab ape?? MELAYU begitu hebat ketika itu.......

zolympus said:
Mengenai Melayu Kelantan, maaf cakap, mereka cuma bersatu sesama mereka dan kurang integriti secara nasional.

ermm....betul!! Tapi kerjasama & satu padu diantara mereka yg membuatkan kite tak bole cakap ape...Kalau kite pegi kelantan....susah kite nak tgk kedai cina!! Ini realiti...saye cukup takut even kat kampung sendiri...Sape yg pernah pegi Melaka Raye?? Anda pernah jumpa kedai melayu kat bangunan Melaka Raya baru?? mana hilang org melayu yg dulunye pandai berdagang?? Mana semangat kite yg suka tgk melayu maju?? kenape kite perlu cemburu dan jatuhkan melayu sendiri?? saye beri cth : saye pergi ke kedai melayu dan bertanyekan, ade tak kedai yg menjual 'sekian2' brg....= mesti jawapan yg anda terima..."tak tahu". Cube kite tanye kedai cine = jawapan: "itu kedai depan sana ade juai". Tup-tup pegi mesti kedai cine kan?? kenape?? Bila sefahaman antara kite sangat ukhwah... saye berani kate...cina takkan berani pandang rendah kat kite!!! Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda : "Perbincangan(diskusi) yg dilakukan diantara umat ku, insyallah membawa berkat" Apa pendapat anda??
 
marwan said:
wa sokong semua...ini sumer lumrah alam..saper kata orang melayu tak unite? tgk kat luar negara sana...orang tak kenal saper pun kalau jumpa bangsa sendiri mesti nak berkenalan..senang citer ini perkara biasa..setiap bangsa kalau dah kat tempat sendiri biasanya berpecah..tgk korea..tgk vietnam ..tgk germany..kalau korang belajar sejarah mesti korang tau..biasa la kalau dah kat kampung sendiri masing masing nak tunjuk jaguh kampung tapi bila kat luar baru nampak unite sikit..sebab tu kita nampak orang kelate unite..sebab diorang banyak duduk kat luar dari tempat asal diorang...harap harap aku nyer posting nih tak menyakiti mana mana pihak...
u've a good point there tapi org kelantan juga org melayu...dan mereka juga unite kat negeri sendiri...

marwan said:
apa apa hal...aku tak penting sangat bangsa ni..aku penting agama...apa ada pada bangsa? kita semua cucu cicit adam...bagi aku agama je yang buatkan kita lain..

also good point there but...persoalannye ialah Melayu kite...bukan org islam (agama) ke?? untuk pengetahuan saudara....jika umat islam bersatu maka itu ialah tanda besar kiamat makin hampir. Sebab tu puak syiah dan puak sunnah masih berbalah dengan sesama sendiri!

Melayu kita...Apa pendapat anda?
 
saye raselah....langkah yg paling baik buat mase ni lah untuk mengubah 'perangai melayu' ialah....mengingatkan sesama kite supaya berdaya saing, positive thinking, sume kerja tak kire kerja ke...belajau ke...cube lakukan yg terbaik! ;) 8)
 
hehehehe..
macam2 korang ni punya anggapan/persepsi tentang kelemahan kaum MELAYU ini.
Apa2 pun bagus untuk dikongsi bersama sebagai INGATAN dan TELADAN dalam menjalani kehidupan seharian.

Yang penting Kita Perlu BerMuhasabah terlebih dahulu Siapakah Diri Kita ini.. Apa Amanat kita semasa hidup dan apa bekalan kita ketika kita ingin menemuiNYA. Apa yang kurang/kelemahan yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan JATI DIRI serta perlulah membuka minda kita supaya lebih terbuka dan sedia menerima kelemahan yang ada dan di kala itu cuba membuat perubahan/perbaiki apa yang kurang apa yang x ada supaya sekurang-kurangnya kita boleh berdiri sama tinggi sama rendah dengan orang lain.

Yang kedua..
Kadang-kadang perkataan dan pertuturan di dalam forum bukan seperti apa yang digambarkan. Semua orang boleh berkata/memberi komen dan idea x kira dalam apa jua perkara.. tetapi adakah percakapan/pertuturan kita itu menggambarkan diri kita yang sebenar secara lahiriah baik di dalam forum atau di luar forum.. Semestinya empunya badan sendiri boleh menilai kedudukan mereka di tahap mana mereka berada dan siapa si dia itu?

Yang ketiga.
Istilah MELAYU ini anda tidak boleh menganggap semua orang MELAYU itu lemah atau kuat..
Iya la... Manusia ni ada bermacam-macam ragam dan perangai..Ada yang jenis mengharapkan bantuan semata-mata dan ada yang suka berusaha dengan cara tersendiri.Sikap orang MELAYU itu sendiri la sebenarnya yang mencerminkan perwatakan mereka baik secara zahir atau secara tersirat..

Selalunya di dalam forum ramai yang menjadi Tukang Sorak dan Tukang Angguk sahaja dan ada juga yang tidak tahu hujung pangkal pokok cerita tetiba menyampuk x kena tempat (Tukang Sampuk)......
Tidak ramai yang boleh/berani untuk memberi penjelasan yang mendalam yang lebih teliti serta jelas tentang sesuatu perkara yang dimaksudkan melalui penelitian serta kepahaman kajian yang dilakukan sebelum dihuraikan.

Kena ingat Orang MELAYU tetap MELAYU dan MELAYU bukan semuanya/semestinya Muslimin/mat yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dan kepercayaan serta keikhlasan mereka dalam melakukan ibadah/kerja-kerja serta tidak lupa akan amanah dari Allah Taala ketika hidup. Orang MELAYU sekarang sudah banyak yang LUPA kerana cintakan keduniaan/duniawi semata-mata tanpa mengingati satu lagi alam lagi iaitu di Alam Akhirat.

Kalau hendak maju dan berjaya usah bergantung pada orang lain untuk berjaya. Jangan jadi tukang turut/angguk sahaja. Sepatutnya anda kena berani dan bijak mencari peluang untuk memajukan kehidupan anda tanpa mengharapkan orang lain akan membantu anda untuk berjaya. Adalah lebih baik kita berdikari dan berusaha dengan lebih untuk mencapai kejayaan dan kemenangan. Anda akan berasa cukup puas hati bila anda sudah berusaha sehabis usaha anda.Yang penting anda kena tanamkan niat yang baik/ikhlas jika anda ingin menjadi seorang yang berjaya dan dihormati.

itu sahaja komen saya k.
cheers.
 
tokera said:
Kalau hendak maju dan berjaya usah bergantung pada orang lain untuk berjaya.Jangan jadi tukang turut/angguk sahaja. Sepatutnya anda kena berani dan bijak mencari peluang untuk memajukan kehidupan anda tanpa mengharapkan orang lain akan membantu anda untuk berjaya. Adalah lebih baik kita berdikari dan berusaha dengan lebih untuk mencapai kejayaan dan kemenangan. Anda akan berasa cukup puas hati bila anda sudah berusaha sehabis usaha anda.Yang penting anda kena tanamkan niat yang baik/ikhlas jika anda ingin menjadi seorang yang berjaya dan dihormati.
kualiti.... :D insyaallah saye akan cube pegang & manfaatkan kata2 ni....yg penting niat dan ia bermula dari individu itu sendiri. Secare automatiknye ianya akan menular kepada sesama kita dan kepada melayu amnya.Amin.
 
Back
Top
Log in Register