BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melaka Siap Sedia Hadapi Banjir - Mohd Ali Rustam

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
MELAKA, 23 Nov (Bernama) -- Kerajaan Melaka kini bersiap sedia menghadapi banjir yang dijangka melanda negeri itu pada bulan depan hingga Januari 2012.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata sebanyak 80 pusat pemindahan banjir disediakan iaitu 41 di Melaka Tengah, Alor Gajah (25) dan Jasin (14), yang boleh menempatkan seramai 22,330 orang.

"Bilik gerakan banjir negeri di Kota Cemerlang di sini kini sudahpun beroperasi," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata dua projek pencegahan banjir telah siap dan diharap dapat mengelak banjir teruk seperti pada 2006.

Bagi mencegah banjir kilat, tebatan banjir bernilai RM50 juta dibina di kawasan pusat bandaraya Melaka dan kerajaan negeri memerlukan RM78 juta lagi untuk fasa kedua, katanya.

Mohd Ali berkata bagi mencegah banjir besar pula, kerajaan Melaka membelanjakan RM80 juta untuk tebatan banjir dari Taman Merdeka ke Durian Tunggal, dan sejumlah RM110 juta lagi diperlukan bagi fasa dua di kawasan Durian Tunggal.

Beliau berkata projek mengindahkan Sungai Melaka juga membantu mengelakkan banjir di negeri ini.
 
Back
Top
Log in Register