combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,163
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,163
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Melaka Pandang Serius Isu Rumah Tidak Terjual, Mahu Pemaju Fokus Kemampuan Rakyat
-- Gambar hiasan.
Kerajaan Negeri Melaka memandang serius isu kediaman siap dibina yang masih belum terjual, yang kini merekodkan sebanyak 2,065 unit dengan nilai keseluruhan kira-kira RM696.62 juta.
Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata walaupun jumlah itu disifatkan masih terkawal berbanding beberapa negeri lain, pihaknya tidak boleh leka atau menunggu sehingga masalah berkenaan menjadi lebih besar.
Beliau berkata berdasarkan laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) bagi suku pertama 2026, sebanyak 32,801 unit kediaman siap dibina dilaporkan tidak terjual di seluruh negara.
“Sebab itu pemaju perumahan di negeri ini diseru agar tidak membina rumah hanya berdasarkan andaian atau mengejar pulangan jangka pendek semata-mata.
“Keadaan pembangunan perumahan mesti diselaraskan dengan corak permintaan, keperluan sebenar serta kemampuan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Rumah Mampu Milik Negeri Melaka 2026 di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.
Zulkiflee berkata pemaju juga digesa supaya membina rumah yang benar-benar diperlukan oleh rakyat, di lokasi yang memudahkan kehidupan mereka dan ditawarkan pada harga yang mampu dibayar.
Beliau berkata penganjuran Ekspo Rumah Mampu Milik Negeri Melaka 2026 boleh menjadi platform strategik yang menghimpunkan pelbagai pihak di bawah satu bumbung bagi menangani isu perumahan dan merancakkan prestasi pemilikan kediaman.
Menurut Zulkiflee, sepanjang enam hari penganjuran ekspo yang bermula hari ini, sebanyak 1,800 unit kediaman ditawarkan kepada orang ramai dengan anggaran nilai jualan RM378 juta.
“Penawaran komprehensif ini merangkumi Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Impian A dan Rumah Impian B,” katanya.