Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,795
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,795
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan (kiri) menyempurnakan pelepasan konvoi motosikal ke Yong Peng, Johor sempena Majlis Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek di Japerun Ayer Molek.
Konvoi berkenaan diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri bermula hari ini hingga 10 Mei depan dan lebih 100 aktiviti dirangka dilaksanakan sepanjang program berkenaan.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan negeri Melaka menerusi agensi berkaitan sedang giat mengemas kini data profil penduduk di setiap rumah, dalam 618 kampung di Melaka yang terlibat dalam inisiatif Kampung Digital, agar pelbagai agenda pembangunan dapat dirancang untuk keselesaan dan kesejahteraan penduduk.
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata proses itu, dilaksanakan selepas semua rumah dalam 618 kampung tradisional terlibat selesai menjalani proses pendaftaran alamat baharu, melibatkan sistem alamat digital yang standard dan dilengkapi kod respons pantas (QR code) bagi memudahkan pengesanan lokasi rumah.
Beliau berkata proses mengemas kini data profil penduduk merangkumi maklumat demografi dan sosioekonomi terperinci masyarakat yang sangat penting, bagi perancangan pembangunan negara dan pengagihan bantuan secara lebih bersasar dan berkesan menerusi pelbagai agensi pada peringkat negeri dan Persekutuan termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia.
“Kesemua rumah dalam kampung terlibat telah mendapat alamat baharu dan proses mengemas kini data profil penduduk Kampung Digital, sedang giat dilaksanakan menerusi agensi berkaitan di bawah kerajaan negeri dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
“Menerusi data profil penduduk berkenaan, kerajaan negeri dapat mengenal pasti latar belakang penduduk secara lebih jelas, sekali gus memudahkan perancangan atau mengetahui keperluan penduduk di sesuatu kampung terlibat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman.
Fairul Nizam berkata kempen penukaran kad pengenalan secara percuma melibatkan penduduk di Kampung Digital terlibat, juga sedang dilaksanakan menerusi pelbagai program turun padang termasuk WRUR yang dilaksanakan di setiap DUN secara berperingkat.
Sementara itu, Rahmad berkata lebih 100 program melibatkan penyertaan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat, dirangka sepanjang pelaksanaan WRUR DUN Ayer Molek bermula hari ini hingga 10 Mei depan.
Beliau berkata program berkenaan bukan sahaja untuk menyantuni rakyat namun turut bertujuan menyelesaikan pelbagai masalah atau isu dihadapi penduduk setempat, sekali gus memberi kesan positif ke atas rakyat.
Melaka Giat Kemas Kini Data Profil Penduduk Di 618 Kampung Digital - Exco
Melaka, Kampung Digital, data profil, penduduk, ke