BTC USD 84,629.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mekkah moden

a b c d e f

Legendary Member
gem
Messages
10,529
Joined
Oct 28, 2010
Messages
10,529
Reaction score
1,861
Points
201
risau juga baca artikel ni... bagi yang nak tumpukan ibadah agak susah kalau banyak sangat gangguan. perlu ke starbucks, kedai lingerie dsb?

mecca-clock.jpg


mecca-clock-tower.jpg




Mekkah moden?

Pembinaan bangunan-bangunan komersial menimbulkan rasa kurang senang

Ketika jutaan bakal jemaah di seluruh dunia sedang dalam perjalanan menuju ke tanah suci kota Makkah, 820 bakal jemaah haji Singapura yang sudah hampir setahun membuat persiapan untuk ke sana, terpaksa memendamkan dulu niat mereka untuk sama-sama menunaikan ibadah haji tahun ini.

September lalu, apabila tersiar laporan berita kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota bagi jemaah haji Singapura kepada 2,180 jemaah sahaja, mereka yang terjejas begitu terkejut, sedih dan hampa.

Namun, berita sedih ini bukan melibatkan jemaah Singapura saja, malah menurut laporan akhbar Berita Harian, ia juga menjejas bakal jemaah dari seluruh dunia. Ini disebabkan kerja-kerja pembangunan prasarana yang rancak dijalankan di Makkah ketika ini. Berita terkini ialah fasa pertama pembinaan landasan monorel yang menghubungkan Makkah, Mina, Arafah dan Muzdalifah bagi melancarkan pergerakan jemaah haji akan dimulakan Disember ini sebaik musim haji berakhir.

Setiap tahun dianggarkan lebih empat juta umat Islam sedunia berkumpul di Makkah. Suasana penuh sesak dengan manusia berhimpit-himpit, bak sardin disumbat dalam tin, ketika melakukan tawaf di keliling Kaabah, sai dan melontar jamrah. Setiap tahun umat Islam berdoa agar tidak akan berulang insiden yang meragut nyawa ratusan jemaah.

Memang satu tugas yang sukar untuk menguruskan jutaan jemaah yang perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Justeru, segala usaha untuk memperbaiki prasarana di sana untuk kemudahan jemaah amat dialu-alukan. Usaha renovasi dan perluasan besar-besaran memang giat dijalankan di kawasan sekitar Masjidil Haram dan seluruh lokasi ibadah haji lainnya sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, pada masa yang sama terdapat juga suara-suara yang meluahkan rasa tidak senang apabila pembangunan mengubah profil kota suci itu sehingga mereka turut melihat Starbucks, Cartier dan Tiff any, H&M dan Topshop.

Pusat membeli-belah Abraj Al-Bait, salah satu pusat membeli-belah yang terbesar di Arab Saudi, dilengkapi dengan panel monitor yang besar, lampu-lampu neon, pusat hiburan, restoran makanan segera dan kedai pakaian dalam wanita sedang dibina bertentangan dengan tanah paling suci dalam Islam.

Pusat membeli-belah ini, yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini, adalah yang pertama dalam rancangan pembinaan yang menelan belanja AS$13 bilion ($20 bilion). Ia terletak di Menara Abraj Al Bait, menara yang dijangka diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia. Ia bakal mempunyai 76 tingkat merangkumi keluasan 1,455,000 meter persegi. Menara itu akan mempunyai enam bangunan untuk perumahan, dewan solat yang boleh memuatkan 3,800 orang, pusat konvensyen untuk 1,500 orang, dua pangkalan helikopter dan bangunan empat tingkat tempat meletak kereta untuk 780 kereta dan 10 bas serta keluasan untuk banyak lagi hotel-hotel lima bintang.

Ia merupakan bangunan pencakar langit yang bakal merubah wajah kota Makkah.

HARGA PEMBANGUNAN
Adakah ini pembangunan dan kemajuan dalam Islam? Tidak semua orang menganggap ia satu kemajuan.

Dalam satu laporan, Ali al-Ahmed, pengarah Institut Hal Ehwal Teluk di Washington, sebuah pertubuhan penyelidikan pembangkang Saudi, ditukil sebagai berkata: "Makkah sedang menjadi seperti Las Vegas dan ini satu bencana. Ia akan menjadi bencana kepada umat Islam kerana apabila ke Makkah, mereka tidak akan mempunyai perasaan lagi. Tiada lagi daya tarikan. Semua yang dilihat hanyalah kaca dan simen."

Ada juga jemaah yang sekembali daripada menunaikan ibadah haji tahun lalu menyoal kenapa Hotel Hilton dibina begitu dekat dengan Masjidil Haram?

Menurutnya, jemaah yang berada di hotel itu boleh membuka saluran TV, yang menyiarkan waktu solat secara langsung, untuk sama-sama berjemaah di Masjidil Haram walau masih dalam Hotel Hilton.

Ia satu perkara yang aneh, katanya.

Adakah Hilton sudah menjadi sebahagian kawasan Masjidil Haram atau kawasan masjid itu kini menjadi sebahagian Hilton? Ia menimbulkan satu perasaan yang kurang enak, katanya.

PERUBAHAN DRAMATIK
Berdekatan Jabal Omar, seluruh bukit itu diratakan untuk memberi laluan bagi pembinaan kompleks dan hotel pencakar langit. Di mana-mana tedapat kren pembinaan dengan 130 menara baru yang dirancang di kawasan itu.

"Ini merupakan tanda berakhirnya kegemilangan Makkah," kata Irfan Ahmed yang membentuk Yayasan Warisan Islam (IHF) khusus untuk mencuba memelihara sejarah Islam Makkah, Madinah dan tapak agama penting yang lain di Arab Saudi.

"Sebelum ini, malah di zaman Uthamaniyah, tidak ada bangunan di Makkah yang menaranya lebih tinggi daripada Masjidil Haram. Kini semakin tinggi dan lebih tidak dihormati," ujarnya dalam satu laporan.

Meskipun rombakan besar-besaran ini diiringi dengan pembangunan infrastruktur, bagi sebahagian ahli sejarah, perubahannya terlalu besar. Salah seorang daripada mereka ialah Encik Sami Angawi, arkitek Saudi. "Seharusnya landskap tradisional kota Makkah ini tetap dipertahankan. Jangan hanya memikirkan bagaimana menampung sebanyak mungkin orang dan seberapa banyak wang yang boleh diperolehi," katanya.

Pegawai kerajaan Saudi pula berkata lebih AS$19 bilion telah dibelanjakan untuk memulihara warisan Islam negara.

Mereka menolak kritikan-kritikan itu sebagai tidak mengikuti perkembangan.

Sementara itu, pemaju dan ejen hartanah berkata pembinaan itu memberi lebih banyak ruang bagi lebih ramai umat Islam mengambil bahagian mengerjakan haji dalam keadaan yang lebih baik.

Ia menunjukan perubahan yang berlaku jauh daripada berakhir. "Makkah tidak pernah berubah seperti mana yang berlaku sekarang,” kata Encik Sami Angawi lagi. "Apa yang anda lihat sekarang hanyalah 10 peratus daripada apa yang akan datang (bakal terjadi). Apa yang akan datang (adalah) lebih buruk (lagi)."
 
Ni cerita betul ke. Kalau betul, maknanya dah tak lama sangat lah kita nak masuk zaman perang besar.
 
jgn sampai ada yg pegi mekah sbb nk shoping udah laa..
 
Ni cerita betul ke. Kalau betul, maknanya dah tak lama sangat lah kita nak masuk zaman perang besar.

memang cerita betul. saya bersyukur pernah ke tanah suci agak lama dahulu. keadaan masih tenang, tak terlalu dikomersialkan.

ada pula teman2 yang baru pulang tahun lepas katakan mereka kurang selesa, kedai2nya dah macam bandar moden di barat. hotel2 seberang kaabah pun lima bintang,yang malas tak keluar bilik pun ada :(

201026mac987.gif
 
selama lebih 1300tahun sejak hijrah rasul, mekkah, madinah tidak pernah pesat dengan bangunan, hotel, pusat hiburan. hairan kan?

sedangkan zaman kegemilangan islam tentu ramai umat islam yang dtg untuk beribadat.

jawapan:

sejak jatuhnya empire islam 1924, zaman kapitalis muncul dan menguasai dunia.
mula2 melalui pemikiran(untung adalah matlamat) kemudian melalui pembiayaan. ya debt/hutang

modal: kuffar menyogokkan modal(loan) dan menanamkan impian kepada rakyat dan kepala pemimpin.

laungan: negara membangun, negara maju, pencapain tertinggi dll slogan angkuh

akibat: kepala pemimpin(yang pemikirannya telah diracuni ideologi kapitalis) terjerat dengan angan2(ciptaan barat) lalu menyambut tangan kuffah barat(perbankan) dan terus terjebak dlm kancah pinjaman yang luar biasa banyak dan tempoh bayar baliknya(100tahun contohnya)

rialiti: maka berlomba2 lah kontraktor dari seluruh dunia masuk ke madinah/mekkah untuk melobi modal kemajuan/pembangunan tadi.

dan ideologi kapitalis memang lama tersemat dlm diri kita rakyat malaysia.
 
solusi:

pertama: delete ideologi kapitalis dlm pemikiran kita dan install ildeologi islam.
islam mengajar matlamat adalah redha allah, syurga adalah cita2 dan pahla adalah nilai tiada bandingan

kedua: sistem2 kuffar yang bertentangan dengan syarak (sistem ekonomi kapitalis, sistem pendidikan barat, sistem politik demokrasi dan apa sahja sistem yang tidak syari) mesti ditinggalkan dan ditentang. bukan diISLAMisasikan.

sebaliknya masuk kedalam sistem islam(deen islam) yang diredhai allah.

masalahnya mana nak cari sistem islam?

ya sistem islam tidak ada kerana lama dah di lupuskan oleh penjajah.
 
result jika islam itu di liberal kn....
bukan buang agama tapi diletakkn di tapak kasut...
 
justeru kewajipan kita adalah:
MENGEMBALIKAN KEHIDUPAN(DEEN) ISLAM
dengan mendirikan semula daulah islam(khilafah)
kerana syariat hanya akan tertegak dalam daulah islam.

dengan jalan yang rasul/sahabat tunjuki(thalabun nusrah)
dan
bukan jalan yang kuffar panjajah tunjukkan
 
Back
Top
Log in Register