BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Megat Alang Di laut

MilitiA

Fun Poster
Messages
102
Joined
Aug 23, 2013
Messages
102
Reaction score
0
Points
10
Salam sumer..nak tny kot sape2x yg tau berkenaan Megat Alang di laut... kot2x ada cerita...
 
dari google...

Syahdan pada zaman dahulu, pangkalan haram itu digunakan oleh anak-anak buah Megat Alang Dilaut, yang menerima bayaran laluan, kerana ia yang berkuasa menjadi lanun di laut. Adapun laksamana itu diugaskan untuk menghapuskan anak-anak buat Megat Alang Dilaut, kerana ia berkuasa menjaga keselamatan dagang santeri.


Sebemula maka laksamana menghadap ke arah Tun Jana Pakibul dengan mengereng pada Sultan Ibrahim. Maka oleh laksamana ditunjuknya Tun Jana Pakibul dengan tangan kirinya, katanya, "Tiada berbudi tuan hamba orang hutan, maka tiada tahu cara adat bahasa.Benarkah membunuh orang tiada memberitahu ke Melaka, hendak merajalelakah tuan hamba di Siak?" Maka Sultan Ibrahim dan segala orang besar-besar semuanya diam, tiada menyahut kata Laksamana Han Tuah. Oleh itu dinyanyikan orang:


Bawa bunga angsana

Ambil pisau seraut

Apa kata laksamana

Beta raja di laut


Oleh kerana laksamana itu masyhur namanya, maka tiadalah Megat Alang Dilaut berani merajalela
 
Back
Top
Log in Register