BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Meeting MT UMNO

Apa yang aku dapat simpulkan dari mesyuarat MT umno harini ialah UMNO semakin kerap menjilat ludah sendiri...

seperti yang kita tahu yang sebelum2 ni, mengenai demonstrasi, undang2 lompat parti dan sebagainya itu adalah contoh umno menjilat ludah sendiri... termasuk la isu lim kit siang yang dihentam sebab menghina sultan perak yang kemudian diikuti oleh orang2 umno terengganu sendiri yang menderhaka kepada sultan...

Selepas ini, kita tengok, apa yang bakal dilakukan oleh datuk rosol dan juak2 nya yang bermati matian menyatakan takkan menerima datuk ahmad said... katanya lebih rela letak jawatan dan pilihanraya diadakan semula pun takpe... janji bukan ahmad said yang jadi MB...

Adakah datuk Rosol akan menambahkan lagi siri menjilat ludah UMNO dengan bersetuju mengenai perlantikan ahmad said??? Adakah datuk rosol sanggup menjadi pondan yang akan mengampu datuk ahmad said selepas ini???

ataupun dia seorang gentleman dengan mengotakan prinsip yang dia junjung sebelum ini, iaitu hanya terima Idris jusuh sahaja sebagai MB... sama2 kita tunggu....
 
MT UMNO terima Ahmad Said
27/03/2008 9:07pm

KUALA LUMPUR 27 Mac – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan menerima pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu pada 23 Mac lalu.

Beliau menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua MPPR, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota majlis iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Pelantikan itu sekali gus mengetepikan Datuk Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang sebelum ini telah mendapat watikah pelantikan daripada Perdana Menteri untuk menjadi Menteri Besar bagi penggal kedua.

Pelantikan Ahmad itu mendapat bantahan daripada 22 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu, yang memenangi pilihan raya umum 8 Mac lepas.
 
dah jangka dah. mana leh lawan istana!
dulu, mahathir je berani lawan.
 
pasni ramai la yg dok gosok punggung mat said!
 
hahaha..lps ni xyah basuh punggung sbb ramai gosok..
 
Back
Top
Log in Register