sERaiTok
Active Member
- Messages
- 1,850
- Joined
- Feb 11, 2008
- Messages
- 1,850
- Reaction score
- 0
- Points
- 20
pade muka puak2 jahat tu
sukanya hati aku
pakat dok balah sama sediri
sukanya hati aku
pakat dok balah sama sediri
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

Apa yang aku dapat simpulkan dari mesyuarat MT umno harini ialah UMNO semakin kerap menjilat ludah sendiri...
seperti yang kita tahu yang sebelum2 ni, mengenai demonstrasi, undang2 lompat parti dan sebagainya itu adalah contoh umno menjilat ludah sendiri... termasuk la isu lim kit siang yang dihentam sebab menghina sultan perak yang kemudian diikuti oleh orang2 umno terengganu sendiri yang menderhaka kepada sultan...
Selepas ini, kita tengok, apa yang bakal dilakukan oleh datuk rosol dan juak2 nya yang bermati matian menyatakan takkan menerima datuk ahmad said... katanya lebih rela letak jawatan dan pilihanraya diadakan semula pun takpe... janji bukan ahmad said yang jadi MB...
Adakah datuk Rosol akan menambahkan lagi siri menjilat ludah UMNO dengan bersetuju mengenai perlantikan ahmad said??? Adakah datuk rosol sanggup menjadi pondan yang akan mengampu datuk ahmad said selepas ini???
ataupun dia seorang gentleman dengan mengotakan prinsip yang dia junjung sebelum ini, iaitu hanya terima Idris jusuh sahaja sebagai MB... sama2 kita tunggu....

hahaha..lps ni xyah basuh punggung sbb ramai gosok..
huhu...abih la patrick lim..
Pemilihan Umno pada 16-20 Disember ini
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini menetapkan perhimpunan agung dan pemilihan parti akan diadakan pada 16 hingga 20 Disember ini.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini selepas mempengerusikan mesyuarat MT lebih empat jam, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam ini.
Mengikut jadual, pemilihan jawatan tertinggi Umno akan diadakan Ogos.
Bagaimanapun, Abdullah berkata, MT hari ini tidak membincangkan cadangan mengadakan perhimpunan agung luar biasa berikutan keputusan yang diperoleh parti pada pilihan raya umum lalu.
Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan pertemuan dengan lebih 100 ahli termasuk beberapa ketua dan timbalan ketua 51 bahagian Umno di kediamannya di sini, petang ini.
Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan cadangannya supaya Umno mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 11 Mei depan. Seorang pegawai veteran Umno itu yang ditemui menjelaskan, mereka yang datang dalam pertemuan itu menyokong idea yang dicetuskan Tengku Razaleigh itu.
Antara yang hadir, bekas Menteri Penerangan yang juga Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping).
Usah tunda pemilihan Umno
Pemimpin parti anggap tangguh persidangan lari daripada kenyataan
KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin Umno semalam mahu pemilihan parti itu diadakan mengikut jadual Ogos ini kerana penangguhan mungkin mengundang masalah lain sehingga mengusutkan lagi keadaan serta menjejaskan kestabilan dan perpaduan parti.
Ahli MT Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Umno tidak harus bimbang untuk mengadakan pemilihan pada Perhimpunan Agungnya tahun ini kerana semua ahlinya sudah cukup matang menilai dan membuat keputusan terbaik demi manfaat parti dan negara.
"Jangan lari daripada masalah. Kita kena balik kepada asas perjuangan, mana satu lebih penting antara agenda peribadi atau perjuangan. Kalau orang Umno sayangkan parti dan masih ingat Umno adalah asas perjuangan mempertahan dan menaikkan darjat serta maruah orang Melayu, dia kena sayangkan parti.
"Tak payah tangguh hingga 2009 atau 2010 kerana kalau agenda peribadi mengatasi perjuangan, tangguh lima tahun lagi pun macam itu juga perangainya sebab agenda peribadi mengatasi hasrat bersatu padu dan perpaduan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Semalam, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, dilaporkan sebagai berkata, semua Badan Perhubungan Umno negeri bersetuju menangguhkan pemilihan parti sehingga Jun tahun depan bagi mengelakkan perpecahan.
Muhammad dilaporkan berkata, persetujuan itu dinyatakan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pertemuan di Putrajaya, Jumaat lalu tetapi keputusan muktamad mengenainya akan ditentukan dalam mesyuarat MT Umno di ibu negara, petang ini.
Pemilihan Umno sepatutnya diadakan pada Perhimpunan Agung Umno pada November tahun lalu, tetapi ditangguhkan sehingga Ogos ini bagi membolehkan jentera parti membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12 yang berlangsung 8 Mac lalu.
Mohamad yang juga Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, meminta semua ahli parti supaya berfikir secara rasional dan jangan cuba lari daripada menghadapi kenyataan.
"Kalau orang Umno, orang Melayu sayangkan perpaduan, buatlah sesuatu tetapi kalau dah muak dengan perpaduan, sampai bila-bila macam itu juga perangai mereka. Kalau tangguh (pemilihan), masalah akan tetap ada, malah saya khuatir ia bertambah," katanya.
Pergerakan Puteri Umno juga tidak bersetuju pemilihan parti itu ditangguhkan, sebaliknya menyarankan supaya ia diadakan tahun ini, kerana dapat membantu menyelesaikan masalah perpecahan.
Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad berkata, Puteri Umno berpendirian bahawa pemilihan parti wajar diadakan tahun ini dan seandainya tidak dapat dibuat pada Ogos seperti dibayangkan, pemilihan perlu dibuat selewat-lewatnya pada Disember.
"Walaupun secara dasar dan perundangannya, Umno mempunyai tempoh 18 bulan yang berakhir Jun tahun depan, Puteri berpendapat bahawa pemilihan parti wajar diadakan tahun ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Pemangku Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat, Faizal Azumu, juga tidak bersetuju pemilihan parti tahun ini ditangguhkan kerana ia mungkin memberi imej yang tidak baik kepada parti seolah-olah Umno takut membuat pembaharuan.
"Inilah masa terbaik membuat pemilihan dan muhasabah diri. Saya merayu kepada kepimpinan Umno supaya tidak menunda pemilihan yang dijadualkan tahun ini kerana ia sudah ditangguhkan sejak tahun lalu," katanya.
Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Idham Yasser berkata penangguhan pemilihan itu seolah-olah usaha untuk melindungi atau mengekalkan individu tertentu dan bukannya untuk mengembalikan kekuatan parti.
"Kita tak mahu orang kata Umno tak relevan ataupun ahli Umno hanya tahu angguk saja. Kita sepatutnya betulkan keadaan dengan mengadakan pemilihan parti ini," katanya.
Bagi Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Seputeh, Alawi Dahalin, cadangan penangguhan itu akan menyebabkan pemimpin Pemuda yang berpotensi hilang kelayakan untuk bertanding ke jawatan lebih tinggi dalam pergerakan itu ekoran had umur 40 tahun mengikut perlembagaan parti.
"Pemilihan parti perlu diadakan pada tahun ini untuk beri peluang kepada ahli menilai kembali siapa yang layak jadi pemimpin dalam Umno seperti mana rakyat menilai Umno dalam pilihan raya umum lepas," katanya.
Beliau berkata pucuk pimpinan tidak boleh menafikan realiti di akar umbi ekoran kehilangan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menunjanginya dengan menangguhkan pemilihan parti yang sememangnya medan kepada ahli untuk memberikan pandangan dan pendirian mereka.
Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, Aminuddin Muhammad, pula berkata Umno akan kesuntukan masa untuk menghadapi pilihan raya akan datang sekiranya menangguhkan pemilihan parti.
"Kalau tak buat (pemilihan parti) maka ia bukan untuk pilihan raya tapi kepentingan individu tertentu. Lebih baik kita bergaduh dalam pemilihan untuk kebaikan parti daripada menangis lagi di kemudian hari (pilihan raya akan datang)," katanya.
Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru, Nornekman Osman berkata penangguhan pemilihan parti dalam jangka panjang itu akan mewujudkan kelompok yang melemahkan Umno serta lari daripada fokus utama kepimpinan parti untuk memulihkan Umno.
Beliau berkata, pertembungan dalam suasana hangat adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan ekoran keputusan pilihan raya lalu yang menuntut kepimpinan memfokuskan usaha menguatkan parti melebihi kepentingan lain.
Katanya, pemilihan itu akan membuktikan kepada ahli khasnya dan rakyat amnya akan ketelusan dan sifat bertanggungjawab parti dalam mengembalikan keyakinan mereka kepada Umno.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun berkata jika pemilihan Umno diadakan pada tahun ini, ia mungkin menyebabkan berlaku penurunan dari segi semangat ahli parti di semua peringkat.
Beliau juga juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata, penangguhan pemilihan itu akan memberi ruang kepada ahli di peringkat akar umbi merapatkan barisan parti semula selepas berlaku perpecahan dalam pilihan raya umum lalu.
"Jika pemilihan peringkat cawangan diteruskan, ia akan menyebabkan berlakunya jarak antara kelompok yang kalah dan menang manakala dan begitu juga seterusnya jika wujud pertandingan di peringkat Bahagian, MT atau pucuk pimpinan," katanya.

hilang la punca duit si kj tu.....