BTC USD 83,138.4 Gold USD 4,110.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mee goreng katak

Guys Peace

Active Member
Messages
1,747
Joined
Mar 1, 2010
Messages
1,747
Reaction score
77
Points
40
Lompat si katak lompat,
lompat la tinggi -tinggi,

Cepat la katak cepat,
Cepat la masuk ke dalam mee.




KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng
berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki
ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah
kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23,
terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang
dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.

Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam
berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai
makan tersebut.

Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki
katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan
memulangkan hidangan tersebut.

“Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain
dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.

“Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi
penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu
makanan yang saya pesan.

“Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah
saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan
alasan arahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.

Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan
dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam
Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.

Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) pada petang semalam.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama
menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke
kopitiam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu,
pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil
halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.

“Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap
pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi
makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

SUMBER : UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/utusan/inf...laysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive

pic20037.jpg
 
salam,

sbuah kopitiam tu sebuah nama ape daa???

kalo ini macam,org leh pergi lagi..
 
pas satu..satu..

aritu kple anak biawak dlm asam jawa, pastu yg lalat tu..

la ni katak plak..

huh..tarety jage kebersihan tol!
 
salam,

sbuah kopitiam tu sebuah nama ape daa???

kalo ini macam,org leh pergi lagi..

kopitiam di Bukit Tinggi, Klang
kena cari sendiri n try mee goreng dierg bro..wakakaka:eek:
 
Back
Top
Log in Register