BTC USD 63,768.5 Gold USD 4,478.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Media asing mula ragui Anwar

media asing tu ape yek? berutusan ke?
 
org Teganu panggil dia ni `mat buih'............ :D
Ko org tau naper kan?....

off toic jap
bro pinjam avatar boleh? ni sesuai utk gambarkan anwar sekarang ni...
 
hah??? dah ade software media asing ke? sape yg buat software ni?
bole lawan media player tak? takpun media player classic ataupun winamp dan jetaudio?
 
KUCHING 26 Sept. – Akhbar dan majalah luar negara sudah mula meragui kewibawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gemar berdrama dan berbohong untuk kepentingan politiknya sendiri.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, setelah kegagalan menubuhkan kerajaan baru pada 16 September lalu, masyarakat luar mula meragui kredibiliti Anwar.

Menurutnya, sandiwara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membunuh kredibilitinya sendiri pada pandangan masyarakat antarabangsa.

‘‘Mungkin orang luar dulu tidak kenal Anwar dan menganggap setiap kenyataan pelik yang dibuatnya ada membawa satu nilai berita yang tersendiri untuk diperbesarkan.

‘‘Tetapi, setelah kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan pada 16 September dan meminta sidang khas Parlimen pada 23 September lalu, majalah dan akhbar luar negara sudah mula mempertikaikan mengenai kewibawaan beliau,” katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Timbalan Menteri Sains dan Teknologi, Fadillah Yusof di Kompleks Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Sarawak (Peryatim) di sini kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai sikap Anwar yang lebih mengutamakan akhbar luar negara daripada akhbar tempatan apabila membuat sebarang kenyataan.

Menurutnya, selepas beberapa pembohongan oleh Anwar, orang ramai sudah mula menyedari dan bosan dengan telatah dan gelagat beliau.

‘‘Sehingga masyarakat kini sudah mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Anwar,” katanya.

Kalau baca utusan orang kata kena baca disebaliknya. Mula ragu atau mula yakin?

biri2 ni ckp ikut source mana ni?
 
padan muka media dah ragui...

tapi, kenapa pula shabery pulak yang cakap....??

siapa yang lantik shabery jadi jurucakap media asing di malaysia nie....??

sendiri lantik ke.....??
 
padan muka media dah ragui...

tapi, kenapa pula shabery pulak yang cakap....??

siapa yang lantik shabery jadi jurucakap media asing di malaysia nie....??

sendiri lantik ke.....??

hehe..dilantik oleh diri sendiri lahtu..:p

kesiannn..:((
 
aku tau sape media asing nie.. MTV ngan Channel V.. :))
 
haha.. Utusan rupanya yg buat report.

hampass... :))
 
media asing itu adalah UTUSAN sendiri. hahaha.. :))
 
bila teringatkan shabery ni .. tringat lak kat cleaner kat ct kije .. time bos die datang laju je kije .. time takde die sndiri jadi bos .. kaki ampu betul.. uhuhuhuh sudahla sberi .. mnguaklak bace citer die .. dah tua pun perangai tak ubah2 nak duk kate kat orang.. macam la die tau bagus sngat.. kan naye je dah jadi ayam tambatan(ayam sembelihan :p)paklah ..
 
Back
Top
Log in Register