BTC USD 82,710.0 Gold USD 4,121.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Medan cari jodoh

NEMO

CG Super Hardcore Club
gemgemgem
Messages
109,177
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,177
Reaction score
1,046
Points
1,101
pix_gal1

SEBAHAGIAN peserta Program Menyulam Kasih anjuran PBMS menjalani sesi ramah mesra di Balai At-Taqwa, Bukit Changgang.




SEBAHAGIAN peserta Program Menyulam Kasih anjuran PBMS menjalani sesi ramah mesra di Balai At-Taqwa, Bukit Changgang.
Program Menyulam Kasih beri peluang pasangan bertemu sambil ditemani ibu bapa

BANTING: Kira-kira 100 belia lelaki dan wanita bertemu dalam satu program unik dinamakan Program Menyulam Kasih, untuk memberi peluang mereka berkenalan dan mencari pasangan sesuai, sambil ditemani ibu bapa peserta.

Bertempat di Balai At-Taqwa, Bukit Changgang di sini, program anjuran Persatuan Bakti Muslim Selangor (PBMS) itu adalah satu inisiatif murni bagi membolehkan golongan belia yang sudah mencecah usia nikah bertemu jodoh tanpa melanggar batasan agama Islam.

Presidennya, Khamsi Sudar, berkata peserta kemudian dibenarkan menjalin persahabatan dengan pasangan dan jika semua berjalan lancar, PBMS sedia membantu mengaturkan urusan pernikahan mereka dengan memenuhi segala adat nikah kahwin mengikut cara Islam. Proses ijab kabul itu nanti akan dimulakan dengan kerja merisik, bertunang sebelum berkahwin. Insya-Allah, dengan restu kedua ibu bapa mereka, kami berharap pasangan mempelai itu nanti dapat membina sebuah institusi kekeluargaan yang Mawaddah (cinta), Warahmah (sayang) dan Sakinah (tenang), katanya ketika ditemui Sentral.

Bekas pegawai polis itu berkata, setiap peserta disyaratkan menampilkan perwatakan yang baik termasuk cara berpakaian yang sopan.

Katanya, mereka kemudian perlu menjaga tingkah laku ketika berbual dengan pasangan dan ibu bapa masing-masing.

Kami juga menjemput seorang pakar motivasi tempatan, Shamsuddin Muhammad untuk memberi ceramah mengenai kepentingan pasangan mendapat restu daripada ibu bapa sebelum mendirikan rumah tangga dan kewajaran menyegerakan perkahwinan apabila waktu sudah sampai, katanya.
Sentral yang berada pada majlis itu mendapati peserta bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab masing-masing meskipun banyak juga babak lucu yang terbit apabila sesetengah peserta dilihat bersikap malu-malu kucing.

Peserta, Mohamad Khairul Fahmi Ahmad Tarmidzi, 24, berkata program itu amat berfaedah terutama kepada individu yang agak pemalu terhadap golongan hawa seperti dirinya.

Program ini amat bagus kerana selain berpeluang mencari jodoh mengikut persefahaman masing-masing, ia juga memupuk keberanian dalam untuk menjalankan tugasan yang diberikan.

Selama ini, saya sangat pemalu dengan perempuan. Saya harap program sama dapat diteruskan pada masa depan, kata pemuda dari Telok Datok di sini.

Pendapatnya dikongsi bersama seorang lagi peserta, Nor Jasrina Ahmad Jamaluddin, 22 yang berpendapat program itu lebih afdal kerana ia turut memberi peluang kepada pasangan berkenalan secara terus dengan bakal ibu dan bapa mentua.

Sekurang-kurangnya, pada peringkat awal ini, ibu bapa dapat mengenali pasangan dengan lebih dekat tanpa perlu disorok-sorok. Proses seterusnya terpulang kepada kebijaksanaan pasangan itu sendiri, kata pekerja swasta dari Kampung Delek, Klang, di sini


bile nak buat kat KL ni..:">:">:">
 
haha...molek la untuk NEMO nie...guana senior aku tak kawen2 lagi nie
 
ada pulak program camnie ekh......
 
owh....aku bab2 jodoh ni xpandai..hahahha..tapi skill cari jodohkan orang ni terer gak....

tapi kalau yang berpangkat rasanya xpayah kot mesti ramai yang nak berjodoh nanti...

aku rasa mesti ramai giler minah2 yang berpangkat join.Mereka ni bukan xder rupa tapi masa yang menghalangnya.lagi satu + cerewet kot..huhuhuhu
 
hahahha...borang kena mintak kat TT la..nanti dah sedia datang jumpa aku yer nak check ujian HIV
 
Back
Top
Log in Register