BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Rangka Solusi Tambahan Menerusi JENDELA Fasa 2

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146
64026ed6c3927a2e0403dd39655276ef68aeb5cd09d5e

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching ketika Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang merangka solusi tambahan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2 bagi memperluaskan capaian internet berkelajuan tinggi ke kawasan luar bandar di seluruh negara.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata inisiatif JENDELA mencatatkan pencapaian memberangsangkan dengan 9.48 juta premis kini tersedia dengan capaian gentian optik, manakala liputan internet di kawasan berpenduduk mencecah 98.82 peratus setakat 31 Julai lepas.

“Kelajuan median muat turun jalur lebar mudah alih merekodkan 150.10 Mbps,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Rosni Sohar mengenai inisiatif Malaysia Digital di seluruh negara, termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar pada sesi soal jawab lisan, di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata bagi liputan 5G pula, Digital Nasional Berhad telah menyiapkan 7,489 tapak pemancar, menjadikan 82.4 peratus kawasan berpenduduk kini mendapat akses liputan 5G.

Sementara rangkaian 5G kedua oleh U Mobile Sdn Bhd yang mula beroperasi 14 Julai lepas telah menyiapkan 1,232 tapak dengan langganan melebihi 28 juta pengguna, menjadikan kadar penembusan 5G sebanyak 82.7 peratus bagi setiap 100 penduduk.

Menurut Teo, selaras aspirasi memperkasa infrastruktur komunikasi, kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 menetapkan sasaran 98 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk dan perindustrian termasuk kawasan desa menjelang 2030.

Katanya kerajaan juga melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah Point of Presence (PoP) hab gentian optik di mana sehingga 12 Ogos lepas, sebanyak 677 PoP fasa pertama siap sepenuhnya.

Manakala 1,468 PoP daripada 3,693 PoP fasa kedua berjaya disiapkan di seluruh negara, menyediakan 163,906 port gentian optik dengan kelajuan sehingga satu gigabit per saat (1Gbps).

Teo menjelaskan bagi memastikan capaian internet mampu milik, Broadband Commission for Sustainable Development di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan kos jalur lebar asas bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana seharusnya tidak melebihi dua peratus daripada Pendapatan Negara Kasar per kapita bulanan.

 
Back
Top
Log in Register