eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PUTRAJAYA 29 April - Rangkaian restoran makanan segera terkemuka, McDonald's Corporation hilang hak eksklusif terhadap penggunaan huruf awalan `Mc' setelah Mahkamah Rayuan memutuskan McCurry Restaurant (KL) Sdn. Bhd. boleh menggunakan pengenalan serupa dalam urusan perniagaannya.
Dengan penghakiman itu, McCurry Restaurant tidak perlu menukar namanya ketika mempamerkan papan tanda pengenalan kerana huruf awalan `Mc' dan warna yang sama dengan McDonald's tidak akan mencetuskan kekeliruan.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Gopal Sri Ram (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) memutuskan demikian setelah membenarkan rayuan restoran makanan India itu, sekaligus mengetepikan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memutuskan sebaliknya.
Mahkamah turut mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan McCurry Restaurant membayar gantirugi kepada pemilik rangkaian restoran makanan segera itu, McDonald's Corporation. - Utusan