BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MBSL pertama negara

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Idris (kanan) melawat MyBioScienceLab di Perbadanan Bioteknologi Melaka selepas majlis perasmian.


SEBUAH makmal pengujian peranti perubatan, MyBioScienceLab (MBSL) akan menjadikan Melaka sebagai hab industri perubatan serantau di Asia Tenggara pada masa hadapan.Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Biotechnology Corporation, Badrul Hisham Badrudin berkata, makmal bernilai RM22 juta itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal 2017.Beliau berkata, makmal itu akan menawarkan lapan jenis ujian praklinikal produk peranti perubatan melibatkan lapan bidang antaranya toksikologi, mikrobiologi, hispatologi dan bioanalitikal.“MBSL merupakan pusat sehenti berstatus Amalan Kawal Selia Yang Baik ASEAN-Organisasi Untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan semua ujian yang bakal dijalankan adalah mengikut garis panduan ditetapkan menepati keperluan piawaian antarabangsa dan diterima kebanyakan badan penguat kuasa peranti perubatan di kebanyakan negara.

“Penubuhan MBSL ini secara tidak langsung memberi impak kepada ekonomi negara kerana perkhidmatan yang ditawarkan bukan sahaja boleh menarik minat industri peranti perubatan tempatan tetapi juga antarabangsa khususnya Asia Tenggara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian ‘Kickoff MyBioScienceLab’ di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Menurutnya, MBSL dijangka menjadi pusat rujukan khususnya dalam bidang pengujian praklinikal dan toksikologi selain memberi ruang tenaga kerja mahir menjalankan kajian untuk industri biologi.
 
Back
Top
Log in Register