BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others MBSA didik kaedah beri makan haiwan terbiar secara bertanggungjawab

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,544
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,544
Reaction score
4,820
Points
266
haiwan-terbiar.jpg.webp

Kain rentang yang dipasang MBSA dalam mendidik orang ramai kaedah memberi makan kepada haiwan secara bertanggungjawab. Foto Facebook Dunia Kucing
PBTSELANGOR

by Zareef MuzammilJanuary 20, 2021 3:37 pm

SHAH ALAM, 20 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memasang kain rentang di beberapa lokasi bagi mendidik masyarakat supaya memberi makan kepada haiwan terbiar secara bertanggungjawab.
Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam berkata pemantauan pihaknya mendapati pemberian makanan oleh penduduk mengakibatkan bilangan haiwan berkeliaran bertambah.

“MBSA menerima sebanyak 1,840 aduan berkaitan anjing berkeliaran yang menimbulkan kacau ganggu kepada orang ramai sepanjang tahun lalu.
“Kaedah pendidikan seperti ini memberi pendedahan kepada masyarakat agar dapat bekerjasama dengan MBSA untuk menangani isu haiwan terbiar atau berkeliaran,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu menambah setiap individu perlu bertanggungjawab memelihara dan menjaga kebajikan haiwan yang diberi makan di kediaman masing-masing selaras Akta Kebajikan Haiwan, Seksyen 33.

“Aktiviti memberi makan kepada haiwan terbiar akan menyebabkan kawasan tersebut kotor dan menjadi satu kesalahan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 81,” katanya.
Kelmarin, tular di Facebook masyarakat mempersoal tindakan PBT terbabit memasang kain rentang bagi mengingatkan orang ramai tidak memberi makan kepada haiwan liar.

Lebih mengundang kemarahan apabila tertera gambar kucing sebagai antara ‘haiwan liar’ di kain rentang tersebut dipercayai digantung di lokasi awam.

Mbsa kena bertanggungjawab beri makan dan penempatan semula haiwan terbiar ..........larang org bagi makan, tapi mbsa lepas tangan macam mana nak kawal populasi haiwan ni
 
Mcm spin je. Lari betol dgn tajuk banner

Banner ckp dilarang terus siap nak denda lagi
 
persatuan anjing anjing liar taknak saman ker..?
 
dh setahun den kasi kucing liar mkn sampai deme jadi jinak, tapi yg x best deme berak2 dlm yard rumah... rumah jadi busuk siang mlm

tepakso den tangkap & pindahkan ke tompek lain ekekekekeke

skg dah beberapa hari pagi2 bukak tingkap dapek sedut udara segar & bersih hinsh, hinsh, hinsh , aahhhhhh

takdo dh bau taik kucing. maafkan aku wahai kucing2 jalanan ekekekekke
 
Gambar kucing dgn anjing macam salah je tu... Bukan haiwan liar tu...
Haiwan terbiar kot..

Ape solusi mbsa??

JOM SERAH HAIWAN ANDA TAK MAHU PADA MBSA

SHAH ALAM, 2 APR: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menganjurkan program ‘Jom Serah Haiwan Anda Tak Mahu Kami Terima’, pada 4 April ini, bermula jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang, di Stor MBSA, Jalan Sepat 17/57, Seksyen 17, Shah Alam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, ia bertujuan meningkatkan kesedaran kepada komuniti setempat dan menggalakkan kerjasama berterusan daripada semua pihak supaya bersikap lebih bertanggungjawab demi mewujudkan persekitaran bersih serta selamat.

“Selain itu, program ini juga adalah langkah pro aktif mengawal peningkatan populasi anjing dan kucing terbiar di kawasan pentadbiran Majlis, dengan hanya haiwan peliharaan iaitu anjing serta kucing sahaja terbabit dalam program ini.

“Program ini terbuka hanya kepada masyarakat bermastautin di kawasan pentadbiran Majlis sahaja. Orang ramai juga diminta membawa salinan bil elektrik, bil air atau cukai taksiran sebagai bukti pengesahan semasa membawa kucing atau anjing untuk dihantar ke stor MBSA,” katanya.

Justeru, orang ramai yang ingin menyerahkan kucing atau anjing mereka boleh hadir ke stor MBSA, pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBSA di talian 03-55222794.
 
Cara yang baik ni.. Mungkin kena war2kan.. Pasang banner.. Ramai tak tahu
 
Back
Top
Log in Register