TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
MELAKA - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) perlu lebih sistematik di dalam menangani isu pemindahan membabitkan peniaga di Bustel dan Buscafe di kawasan tarikan utama pelancong, Dataran 1Malaysia, Klebang
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, ia bagi memastikan segala permasalahan yang dihadapi dapat diselesaikan sebaik mungkin
Menurutnya, beberapa faktor seperti tempoh kontrak sewaan peniaga di kawasan terbabit perlu diambil kira sebelum melakukan sebarang tindakan pemindahan peniaga
“Sekiranya ada kontrak, kita kena ikut kontrak, kalau kontrak kata setakat bulan 12, kita ikut sampai bulan 12 tak payahlah kita tergesa-gesa memindahkan peniaga
"Kalau kontrak setakat bulan Mei kita ikut sehingga bulan Mei selepas itu jangan diperbaharui kontrak mereka
“Saya tidak boleh nak kata MBMB sentiasa betul dan saya pun tak boleh nak kata peniaga sentiasa bersalah. Kedua-dua pihak perlu melihat penambah baik perkhidmatan di negeri Melaka ini saya dan saya yakin ada beberapa perkara yang di persetujui bersama,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, semalam
Idris berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan peniaga mengenai MBMB bertindak tanpa mengikut tempoh kontrak yang ditetapkan apabila merobohkan gerai bagi pembinaan medan selera mega di Dataran 1Malaysia Klebang
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/mbmb-kena-ikut-tempoh-kontrak-1.569765