BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MB Selangor Khalid akan dipecat?

kat sarawak sabah blh lq sembang...semenjung ni kwsn pr..mean rakyatyg lebih educated..xde sabah dan sarawak bn dh lama bungkus..nak ckp pasal selangor? xyh la...hehe..

Wuiisshh...semenanjung kwsn pr...tu baru menang 3 negeri. Kalau banyak negeri taktau la....
 
kalau itu diperuntukkan dlm undang2 why not? tp pilih kajang sbb utk elak bn letak calon...so xperlu ada pilihanraya sebagai langkah mempertimbangkan kos yg terpaksa ditanggung sebagai langkah bijak...kalau bn hantar calon gak bermakna merekalah yg kurang bijak sbb dah komfem kalah...watpe bazir?

akhirnya...seperti yg dijangka....mb khalid telah dipecat :))

Khalid Ibrahim setuju jadi penasihat ekonomi Selangor, PAS belum sokong Anwar MB
JANUARY 29, 2014

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan sudah bersetuju untuk mengambil alih jawatan penasihat ekonomi Selangor selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai menteri besar, kata sumber PKR.

The Malaysian Insider difahamkan, dalam satu pertemuan bersama Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada hujung minggu, Abdul Khalid dikatakan sudah bersetuju dengan cadangan agar beliau dan ketua pembangkang itu bertukar jawatan demi kestabilan parti dan Pakatan Rakyat (PR) secara keseluruhannya.

"Apabila Wan Azizah membuka mulut dan meminta Khalid lepaskan jawatan menteri besar, Khalid tahu masanya sudah sampai untuk dia berundur," kata sumber itu merujuk kepada presiden PKR yang menjadi pembela Abdul Khalid dalam parti itu selama ini.

"Walaupun Anwar menjadi MB, Khalid masih boleh memainkan peranan besar sebagai penasihat ekonomi," kata sumber yang dekat dengan kumpulan Anwar dengan syarat namanya dirahsiakan.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Abdul Khalid mengumumkan sendiri Anwar akan menjadi calon parti itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas dikosongkan pada Isnin oleh Lee Chin Cheh.

"PKR dan PR setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding di Kajang," kata Abdul Khalid yang duduk di sebelah Anwar semalam sambil diapit Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Di kalangan parti komponen PR, langkah Anwar untuk turun ke Selangor bagi menyelesaikan ketegangan di antara Abdul Khalid dan Pengerusi PKR Selangor Mohamed Azmin Ali mendapat sokongan penuh DAP akan tetapi tidak sepenuhnya daripada PAS, kata satu sumber daripada parti Islam itu.

Sumber memberitahu, ini kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri masih mahu Abdul Khalid kekal menerajui Selangor dan tidak bersetuju dengan cadangan Anwar mengepalai negeri terkaya di Malaysia itu.

"Anwar mahu bertemu Haji Hadi pada Isnin, akan tetapi presiden PAS menolaknya. Sebaliknya, Haji Hadi bersama Datuk Mustafa Ali bertemu dengan Khalid Ibrahim," kata sumber itu merujuk kepada pertemuan di antara Abdul Hadi, setiausaha agung PAS dan menteri besar Selangor.

Katanya, oleh kerana Anwar masih belum berjaya mendapatkan sokongan penuh PAS, ahli Parlimen Permatang Pauh itu terpaksa berusaha keras ke arah itu.

"Sebab itu Anwar terpaksa mengadakan sidang akhbar bersama Mat Sabu petang ini," kata sumber itulagi merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan sidang akhbar kedua-dua pemimpin itu di Petaling Jaya sebentar lagi.

Dalam satu kenyataan awal pagi ini, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyatakan sokongan penuh terhadap pemilihan Anwar sebagai calon bagi kerusi DUN Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi.

"DAP Selangor akan memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada rakan kami PKR untuk memastikan kemenangan besar Pakatan Rakyat dan Selangor yang lebih kuat," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

"Jika kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam Pakatan Selangor boleh membantu mengangkat kami ke tahap lebih tinggi, Selangor akan menjadi role model kepada negeri lain."

Kenyataan Pua itu dilihat sebagai respons kepada kenyataan PAS Selangor yang mahu Abdul Khalid terus kekal memimpin negeri terkaya itu.

Menurut Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairudin Othman, parti Islam itu tidak bersetuju sekiranya Anwar menggantikan Abdul Khalid.
 
MB Selangor Mungkin Ditukar - Anwar
Januari 30, 2014

anwar.jpg

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin akan diganti bagi menaikkan prestasi negeri itu.

"Tindakan ini bukan kerana mutu kerja kerana Abdul Khalid telah melakukan yang terbaik dan berjaya menyelesaikan banyak isu yang timbul di negeri itu.

"Cuma penambahbaikan perlu dilakukan bagi mengecap lebih banyak kejayaan di negeri itu yang merupakan negeri model bagi pakatan rakyat (PR) dan rumah untuk pemimpin PR.

Berhubung tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, jelasnya, keputusan itu bukanlah sesuatu yang tidak baik.

"Ahli politik adakalanya 'naik' dan 'turun', jika mereka bersangka untuk berada di atas sepanjang masa ia tidak akan membawa mereka ke mana.

"Bagaimanapun, saya faham bahawa saya berhutang penjelasan kepada ramai orang, termasuk penyokong pakatan sendiri. Saya memberi jaminan akan memberi penjelasan dalam tempoh terdekat mengenai tindakan ini (bertanding di DUN Kajang)," katanya.

Beliau menambah, PKR akan mengharungi pilihan raya kecil (PRK) ini dengan kos yang rendah dan parti telah membuat keputusan untuk mengguna semula bahan terpakai dalam pilihan raya umum lalu.

"Saya akan mengguna semula sebanyak mana poster dan kain rentang yang ada dan yang baharu pula akan dibuat mengikut keperluan Suruhanjaya Piliha Raya (SPR)," katanya.

Dalan perkembangan lain, Anwar memberitahu, permuafakatan nasional yang dicadangkan bertujuan mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang memberi kesan kepada rakyat.

"Ketika ini, ketegangan kaum semakin berkembang dikalangan rakyat.

"Ia merupakan keutamaan kami untuk memulihnya dan berharap kerajaan yang memerintah akan berasa yang sama kerana situasi itu boleh mengancam rakyat.

"Daripada pihak kami telah bersedia untuk bertemu (kerajaan) dan membincangkan isu ini pada bila-bila masa sahaja selain berharap ianya dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini Rabu.

http://www.mstar.com.my/berita/ceri.../mstar_berita/20140129213946&sec=mstar_berita

org politik kalu berlakon bole kalah artis
 
nama azmin mmg naik..tp khalid xsetuju,kalau nak ganti dia dsai je yg layak.jd dsai xde pilihan,kalau dsai xturun padang kemelut di selangor antara grup khalid dan grup azmin akan lebih memudharatkan.
 
agaknya sbb tu la si azmin poyo meroyan kat twitter:

unnamed-12.jpg

tp aku rasa kejap aje dsai jd mb...pastu bg kat si poyo tu jgk :))
 
agaknya sbb tu la si azmin poyo meroyan kat twitter:

unnamed-12.jpg

tp aku rasa kejap aje dsai jd mb...pastu bg kat si poyo tu jgk :))

byk yg dsai boleh buat kt selangor... aku xtolak kemungkinan tu...tp tak la secepat yg disangka...paling cepat pun sampai pru14 nanti
 
Si Abang Nak Jadi MB, Si Adik Nak Jadi PM

BcFTAz-CYAAJSff.jpg:large

:D:D:D

Kalau astrok kasi merge jer ye mod..
 
sama je macai bn dgn macai pr.
ahli politik buat ape tetap backup.
semuanya betul.[-(
 
games of thrones
bannerman and factions
 
Back
Top
Log in Register