BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MB Selangor Khalid akan dipecat?

aku cakap bersih dari rasuah. perebutan kuasa ni adalah biasa dlm politik. even zaman nabi dulu pun berlaku perebutan kuasa! orang mati dan orang gila je x berebut kuasa..:D

ye ker tkde rasuah?
 
adakah khalid akan dipecat? tu baru soalan.. soalan ko tu saje nk nk bikin panas je bg org masuk thread...xkan nk wat soalan pun xtau

bos pkr mmg dah xnk khalid...tp mmg betul la kata bro....secara resminya belum lg.....sbb kena dpt persetujuan dr pas dan dap dan sultan....tp bos pkr sendiri pon dah xingin camner nk kerjasama:-?

tgk aje la ending mcmana....
 
benda simple... setiap leader ada cara ape idea sendiri nak tadbir.. khalid sendiri ade cara dia azmin mungkin ade cara dia.. so klu tukar ke azmin pon x mustahil leh tukar org lain klu azmin tak semantap mcm khalid...
 
hmm.. kalau hubungan adik beradik tu setuju tapi bab main kroni ngan banyak cakap dari kerja tu macam x betul je.:-?

rasanya itu imej yg diwar war oleh BN macam BN buat kat anwar je. kalau nak banding ngan khalid memang la imej khalid lagi cun tapi dalam konteks m'sia x masalah sangat banding ngan MB2 BN yg jauh lg teruk.


bro kenal jamil taharin?...adik samsidar.....muda2 lagi dah jadi jutawan......masa azmin & anwar dalam UMNO lagi
 
Kalau bos PR xmao khalid, biar rakyat s3langor lak tentukan nasib bos PR :D

Khalid 4eva!!
 
aku nk tukar tajuk la...mekasih qaz123 :)cgrock. org kuat pas dah bg hint.....nk kekalkan apa yg ada skrg...terbaekk



Krisis Azmin - Khalid: Pakatan tuntut selesai ikut prosedur
JANUARY 22, 2014


Rakan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) Selangor menuntut supaya "krisis keluarga" antara dua pemimpin PKR negeri berkenaan - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali diselesaikan mengikut prosedur parti memandangkan kestabilan pentadbiran amat penting supaya rakyat Selangor tidak terjejas.

Bagaimanapun, pemimpin PAS dan DAP Selangor berkata, mereka hanya akan mencampuri urusan parti berkenaan apabila keadaan masih tidak berubah tanpa sebarang penyelesaian.

"Urusan parti kita tidak masuk campur, tetapi urusan kerajaan negeri diharapkan dapat diselesaikan ikut prosedur. Saya rasa ada peraturan yang semua pihak kena ikut," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Hulu Klang dari PAS, Saari Sungib kepada The Malaysian Insider.

"Kalau ia berpanjangan, pada pandangan peribadi saya, parti mesti main peranan cari jalan keluar, sama ada beri pandangan atau cadangan. PAS sekarang hanya melihat dari luar sahaja," katanya.

Hubungan antara menteri besar dan timbalan presiden PKR dilihat bertambah keruh apabila Azmin digugurkan minggu lalu daripada Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Malah, Azmin, yang juga ahli Parlimen Gombak sebelum ini turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid yang menaikkan kadar elaun dan gaji Adun sehingga 300%.

Saari ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, soal berkaitan kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar seharusnya dibincangkan antara parti komponen PR negeri berkenaan sebelum sebarang keputusan diambil.

"Tan Sri (Abdul Khalid) duduk situ (menteri besar) bukan atas PKR sahaja, PAS dan DAP juga ada suara dalam pelantikan Abdul Khalid. Kita harap rakan dalam PKR ingat, kekuatan Tan Sri atas sokongan PAS dan DAP. "Kita harap apa yang ada ini kekal,” katanya.

Adun Sekincan dari DAP, Ng Sue Lim, berkata "isu keluarga" dalam rakan parti komponennya itu adalah masalah dalaman dan tidak menjejaskan proses pentadbiran kerajaan negeri.

"Bagi masa mereka selesaikan dulu, pentadbiran negeri masih seperti biasa, (krisis) tidak menjejaskan, hanya salah faham antara pimpinan mereka.

"Saya yakin, mereka punya kebijaksanaan menangani isu ini," katanya.

Ditanya desas-desus berkenaan beberapa pihak mula mempersoal kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar, Ng berkata, kedudukan sebagai menteri besar sememangnya menjadi idaman banyak pihak dan perkara itu lumrah sebagai seorang menteri besar menghadapinya.

"Kerusi (menteri besar) nombor satu, dan diidamkan semua orang ... biasalah ... memang duduk sebagai MB perlu bersedia hadapi cabaran dan rintangan," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata pentadbiran kerajaan negeri Selangor masih berjalan seperti biasa meskipun timbulnya krisis antara dua pemimpin berkenaan, namun terdapat beberapa perkara yang diluluskan kerajaan Abdul Khalid tanpa sebarang perbincangan.

"Ada beberapa isu yang tidak dibincangkan dan itu menimbulkan masalah apabila kita hendak jawab kepada ahli. Kita tidak tahu latar belakang tapi tiba-tiba hendak menjawab," katanya.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua bagaimanapun menyerahkan kepada kepimpinan Abdul Khalid untuk menyelesaikan perkara itu.

"Biar menteri besar selesaikan. Saya tiada maklumat, jadi saya tidak mahu komen,” katanya.

Krisis di antara Abdul Khalid dan Azmin meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan tersepit sama ada mahu membela seorang pemimpin yang sudah mengikutinya sejak sekian lama dan seorang menteri besar yang begitu popular di negerinya sejak dilantik pada 2008.

Keputusan Anwar itu amat penting bagi memastikan krisis ini tidak menyebabkan Selangor yang ditunjangi partinya terjejas. -TMI
 
Last edited:
lepas PR naik PRU 14, Khalid bagus jadi MB johor, azmin tu kasi jadi MB perlis


.
 
aku senang hati dah dgn pentadbiran khalid. dia ni aku tgk tak la pandai sangat bercakap dan berucap. tp memang jenis buat kerja lah.
 
Back
Top
Log in Register