kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,282
- Points
- 196
Dipecat sebagai MB Selangor: Khalid serah kepada rakyat, ahli parti
JANUARY 18, 2014
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, beliau menyerahkan cadangan pemecatan beliau sebagai menteri besar Selangor yang diusulkan oleh kumpulan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam mesyuarat parti tersebut baru-baru ini kepada rakyat dan ahli parti.
Menteri besar Selangor yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut bagaimanapun hanya menyifatkan isu yang melanda antara beliau dan Azmin itu sebagai isu politik.
"Itu hal politik. Isu tersebut biarlah ditentukan oleh rakyat dan ahli parti sendiri," katanya kepada media selepas menghadiri program dialog bersama penduduk di Kuala Selangor.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Khalid hampir hilang pekerjaannya dua malam lalu apabila Azmin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dan penyokongnya mencadangkan beliau disingkirkan daripada kerusi itu.
Ia berlaku rentetan kemarahan penyingkiran Azmin sebagai ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), namun ia diselamatkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak cadangan itu.
The Malaysian Insider difahamkan cadangan itu hangat dibahaskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada malam Rabu lalu yang dipengerusikan oleh Anwar.
Abdul Khalid turut mengakui tidak mengetahui tentang cadangan pemecatan beliau dalam mesyuarat tersebut.
Mengulas mengenai percanggahan kenyataan diantara PKNS sehingga menimbulkan konflik Abdul Khalid berkata kerajaan negeri memutuskan akan memanggil Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha PKNS Norita Mohd Sidek Isnin ini agar perbincangan dapat dilakukan.
Anwar dalam satu sidang media beberapa hari lalu menolak cadangan kerajaan negeri untuk memecat Azmin kerana sepatutnya beliau berkhidmat sehingga 2015.
Bagaimanapun, Abdul Khalid menjelaskan bahawa beliau ataupun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak pernah membuat keputusan untuk membuang Azmin.
"Ia dibuat oleh pengurus besar PKNS," kata Abdul Khalid dalam sidang medianya selepas mesyuarat Exco Selangor pada Rabu.
Sementara itu cubaan mendapatkan maklum balas dari Azmin tidak berjaya apabila beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan enggan memberi sebarang komen berhubung pergolakan tersebut.
Terjemahan dari Akhbar Sin Chew ;
Sin Chew evening edition today exclusively reported on front pg that PKR Supreme Council meeting decided to replace MB Selangor Khalid, new candidate very likely to be Azmin.
Whether Khalid wld retain his MB post would depend on the other 2 parties of PR. Sources said PKR leadership hope to replace Khalid either in 2 months time or in one to two year's time, ie. before the next GE.
It is understood that Anwar Ibrahim no longer backing Khalid, so is Wan Azizah.
If PR's leaders agree to change MB, Khalid might resign based on health reason, this is to avoid the Azmin faction in PKR to move no confidence vote against Khalid.
Sources said Anwar has showed his stance that he is not backing Khalid any more at d PKR Supreme Council on Wednesday evening. PKR leadership is not happy with Khalid's leadership, bcoz Khalid didn't inform or seek the party's views before implementing any new policy.
PKR is very unhappy on Khalid's method in handling 6 main issues:
Sgor water supply, Kalimah Allah, salary increase of Sgor ADUN, increase in commercial licence fee, termination of Azmin's PKNS directorship, and directive on the bird's nest industry.
PKR Supreme Council has empowered Anwar to deal with the matter, including seeking audience with Sgor Sultan and to meet with the leaders of another two parties of PR (PAS n DAP) to discuss on matters relating to candidate of MB. -mynewshub
news yg terlatest:
Nasib Khalid Ibrahim Kini Terletak Di Tangan Sultan Selangor, DAP Dan PAS
January 23, 2014 selangor
Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampaknya telah menetapkan keputusan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Khalid tidak lagi menerima sokongan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Wan Azizah Wan Ismail.
Anwar dikatakan telah memperlihatkan dengan jelas bahawa beliau tidak lagi menyokong Khalid dalam mesyuarat semalam.
Namun, tindakan itu hanya boleh direalisasikan andai kata ia mendapat perkenan Sultan Selangor dan persetujuan DAP serta PAS.
Andai ada pihak yang menolak, impian seumur hidup Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar mungkin terbantut sekali lagi.
Mynewshub difahamkan, perkenan sultan adalah antara halangan utama untuk mengantikan Khalid dengan calon lain.
Majlis Pimpinan Pusat PKR yang bermesyurat semalam sebulat suara menetapkan Anwar sebagai wakil untuk bertemu Sultan Selangor dan dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat (PR) bagi menjayakan usaha penyingkiran Khalid.
PKR merancang untuk mengantikan Khalid antara tempoh dua bulan hingga 2 tahun lagi, yakni pokok pangkalnya ialah ia perlu dilakukan sebelum pilihan raya umum akan datang.
Jika kesemua kepimpinan PR bersetuju dengan keinginan MPP PKR, maka Khalid akan diminta berundur atas alasan kesihatan, langkah yang perlu bagi mengelakkan kem Azmin membawa ususl undi tidak percaya terhadap Khalid.
http://mynewshub.my/2014/01/23/nasi...gan-sultan-selangor-dap-dan-pas/#.UuB9dNKwpkg
camner ni...hrp2 xbetul:-?
Krisis Azmin - Khalid: Pakatan tuntut selesai ikut prosedur
JANUARY 22, 2014
Rakan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) Selangor menuntut supaya "krisis keluarga" antara dua pemimpin PKR negeri berkenaan - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali diselesaikan mengikut prosedur parti memandangkan kestabilan pentadbiran amat penting supaya rakyat Selangor tidak terjejas.
Bagaimanapun, pemimpin PAS dan DAP Selangor berkata, mereka hanya akan mencampuri urusan parti berkenaan apabila keadaan masih tidak berubah tanpa sebarang penyelesaian.
"Urusan parti kita tidak masuk campur, tetapi urusan kerajaan negeri diharapkan dapat diselesaikan ikut prosedur. Saya rasa ada peraturan yang semua pihak kena ikut," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Hulu Klang dari PAS, Saari Sungib kepada The Malaysian Insider.
"Kalau ia berpanjangan, pada pandangan peribadi saya, parti mesti main peranan cari jalan keluar, sama ada beri pandangan atau cadangan. PAS sekarang hanya melihat dari luar sahaja," katanya.
Hubungan antara menteri besar dan timbalan presiden PKR dilihat bertambah keruh apabila Azmin digugurkan minggu lalu daripada Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Malah, Azmin, yang juga ahli Parlimen Gombak sebelum ini turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid yang menaikkan kadar elaun dan gaji Adun sehingga 300%.
Saari ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, soal berkaitan kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar seharusnya dibincangkan antara parti komponen PR negeri berkenaan sebelum sebarang keputusan diambil.
"Tan Sri (Abdul Khalid) duduk situ (menteri besar) bukan atas PKR sahaja, PAS dan DAP juga ada suara dalam pelantikan Abdul Khalid. Kita harap rakan dalam PKR ingat, kekuatan Tan Sri atas sokongan PAS dan DAP. "Kita harap apa yang ada ini kekal,” katanya.
Adun Sekincan dari DAP, Ng Sue Lim, berkata "isu keluarga" dalam rakan parti komponennya itu adalah masalah dalaman dan tidak menjejaskan proses pentadbiran kerajaan negeri.
"Bagi masa mereka selesaikan dulu, pentadbiran negeri masih seperti biasa, (krisis) tidak menjejaskan, hanya salah faham antara pimpinan mereka.
"Saya yakin, mereka punya kebijaksanaan menangani isu ini," katanya.
Ditanya desas-desus berkenaan beberapa pihak mula mempersoal kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar, Ng berkata, kedudukan sebagai menteri besar sememangnya menjadi idaman banyak pihak dan perkara itu lumrah sebagai seorang menteri besar menghadapinya.
"Kerusi (menteri besar) nombor satu, dan diidamkan semua orang ... biasalah ... memang duduk sebagai MB perlu bersedia hadapi cabaran dan rintangan," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata pentadbiran kerajaan negeri Selangor masih berjalan seperti biasa meskipun timbulnya krisis antara dua pemimpin berkenaan, namun terdapat beberapa perkara yang diluluskan kerajaan Abdul Khalid tanpa sebarang perbincangan.
"Ada beberapa isu yang tidak dibincangkan dan itu menimbulkan masalah apabila kita hendak jawab kepada ahli. Kita tidak tahu latar belakang tapi tiba-tiba hendak menjawab," katanya.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua bagaimanapun menyerahkan kepada kepimpinan Abdul Khalid untuk menyelesaikan perkara itu.
"Biar menteri besar selesaikan. Saya tiada maklumat, jadi saya tidak mahu komen,” katanya.
Krisis di antara Abdul Khalid dan Azmin meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan tersepit sama ada mahu membela seorang pemimpin yang sudah mengikutinya sejak sekian lama dan seorang menteri besar yang begitu popular di negerinya sejak dilantik pada 2008.
Keputusan Anwar itu amat penting bagi memastikan krisis ini tidak menyebabkan Selangor yang ditunjangi partinya terjejas. -TMI

Memang bukan harap tuan..
Berita palsu dan fitnah semata tu..
Ambe ada informasi sahih dan boleh dipercayai..
Meslah yg berlaku sekarang nie..
Ada atasan atasan GLC dan perbadanan negeri yg masih setongkol dgn pembangkang negeri..
Ini semua untuk menjatuhkan kredibiliti MB Slgr..

Last edited: