BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MB Pahang: Ambil iktibar dari Mesir

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
image.jpg


MARAN - Penganjuran Perhimpunan Bersih 4.0 perlu dielakkan kerana dikhuatiri bakal mengundang kekecohan dan pertumpahan darah sekiranya penganjur berniat untuk mengadakan perhimpunan itu pada masa akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, pelbagai kecelakaan termasuk risiko kehilangan nyawa boleh berlaku seperti mana di Mesir, gara-gara melakukan demonstrasi jalanan.

Menurutnya, rakyat perlu mengambil iktibar dan menolak sama sekali penganjuran perhimpunan sedemikian.

“Kuasa luar bakal campur tangan bagi menangani krisis di Mesir, tetapi kita lihat apa yang berlaku apabila ramai rakyat kehilangan nyawa sebelum campur tangan ini.

“Ramai antara kita begitu taasub dengan hak asasi kebebasan dan lihat kesannya. Rakyat berhimpun mahu gulingkan kerajaan, namun selepas berjaya, rakyat sekali lagi melakukan perkara sama sehingga Mesir ditadbir tentera,” katanya ketika berucap menyempurnakan majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri 2013, di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Dalam perkembangan lain, Adnan berkata, semangat patriotisme anak muda semakin berkurangan apabila masing-masing lebih banyak menghabiskan masa dengan gajet meskipun ketika berada di rumah bersama keluarga.

Menurutnya, ibu bapa perlu mengimbangi kemudahan teknologi dengan menyemarakkan perasaan cintakan negara agar keamanan dapat dipertahankan.

“Jangan terlalu leka dengan gajet masing-masing sehingga menjejaskan komunikasi secara bersemuka dengan orang sekeliling. Bahkan kini, budak dua tahun jua sudah dilatih bermain gajet,” katanya.



adnan_yaakob.JPG
 
apa iktibarnya? aku tak paham sapa yg perlu ambik iktibar?
 
Ngko pun patut ambik ikhtibar dr result PRU lepas. Jgn sesuka hati nak bertaruh telinga ko tuh. Bangai.
 
Ngko pun patut ambik ikhtibar dr result PRU lepas. Jgn sesuka hati nak bertaruh telinga ko tuh. Bangai.

mmg bengap mb nih..nasib baik ko tak ilang telinga dulu..:eek:
 
sudah la paknan, bersara lebih baik.. bagi la kat org lain pulak..
 
sebelum ni dah ramai suruh jangan join bersih.
tapi yang datang tetap ramai.
 
Back
Top
Log in Register