BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MB: Lanun pun bangga bendera mereka

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
8pXUjR0IesBucYjbiq_zIFahUNrzLJXxuq9R39k8YZ-jV78mF0LT51wATvJB8mzk4AkYtGTIiDFV-CtSvawx


Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohammad Khaled Nordin membidas rakyat Malaysia yang tidak berasa patriotik dan bangga supaya mengibarkan bendera Jalur Gemilang dalam bulan kemerdekaan.

Beliau menegaskan kesedaran mereka itu perlu 'dijentik' demi menunjukkan rasa bangga hidup dalam negara berdaulat dan Jalur Gemilang menjadi ‘jiwa nurani’ kepada Malaysia.

Menurutnya lagi, kalaupun Malaysia mampu membina 10 menara berkembar Petronas, namun nilai Jalur Gemilang "penting dan tidak sama getaran" perasaannya bila ia dikibarkan bersama lagu kebangsaan.

"Saat Jalur Gemilang naik ke hujung tiang bendera, rasa bangga dan cinta kepada Malaysia naik ke hujung ubun-ubun kita. Melihat megahnya ia berkibar, segak, kemas dan gagah.

"Bendera kebangsaan mempunyai kepentingan yang tidak terungkap dengan kata-kata. Kalau kita tengok dalam filem-filem barat, lanun pun ada bendera tuan-tuan.

"Bendera hitam dengan tengkorak putih. Itu lambang dan identiti mereka. Itu jadi kebanggaan mereka. Malah itulah yang menjadi motivasi dan pembakar semangat mereka.


http://www.malaysiakini.com/news/309005
 
Sepatutnya semua org kibarkan jalur gemilang.

Malangnya situasi ekonomi dan politik sekarang buat rakyat x rasa merdeka.
 
maaf la dato...sy rakyat johor...tp sy x mampu nk kibarkn jalur gemilang dek krana merasa diri ini masih dijajah oleh kroni najib dan sekutunya...bahawasanya saya hanya akan mengibarkan bendera negeri johor sahaja...kepada Allah berserah
 
MB pun byk sgt tgk citer lanun hollywood, ingat semua lanun pakai bendera skull and dagger..
 
baik kibar bendera lanun je tahun ni
 
Kibar bendera putih aje lah
 
dok pulun kibarkan bendera, tapi songlap harta negara pun pulun jugak..
 
Back
Top
Log in Register