TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Keuntungan sebelum cukai Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2014, meningkat sebanyak 1.7 peratus kepada RM6.68 bilion daripada RM6.57 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Maybank, bank keempat terbesar dari segi aset di Asia Tenggara itu dalam satu kenyataan berkata, pendapatan bersih berasaskan dana tinggi, overhed yang rendah dan kerugian rosot nilai yang berkurangan telah berjaya mengimbangi pendapatan berasaskan fi yang lebih rendah.
Hasil meningkat kepada RM26.05 bilion daripada RM24.98 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September, 2014, keuntungan sebelum cukai jatuh kepada RM2.23 bilion berbanding RM2.35 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, manakala hasil naik kepada RM8.93 bilion daripada RM8.28 bilion.
Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor berkata, kumpulan itu berjaya mengekalkan prestasinya pada tahap yang agak stabil, dengan tempoh suku ketiga ini mencatatkan keuntungan bersih tertinggi berbanding suku-suku lain sepanjang 2014. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/eko...da-rm6-68-bilion-1.29410#sthash.NRfjCB0e.dpuf