rinoa99
Legendary Member

- Messages
- 19,483
- Joined
- Jun 5, 2022
- Messages
- 19,483
- Reaction score
- 2,596
- Points
- 261
Oleh Balqis Jazimah Zahari- Oktober 14, 2022 @ 11:16am
[email protected]
IPOH: Mayat pekerja warga Nepal ditemukan atas bumbung sebuah stor penyimpanan peralatan proses ayam dan daging di Kawasan Perindustrian Kinta Jaya di sini, malam tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata, Kaunter Aduan Balai Polis Kampung Rapat menerima panggilan mengenai penemuan mayat lelaki warga Nepal berusia 30-an itu kira-kira 8 malam.
"Siasatan awal di tempat kejadian bersama jabatan forensik menemukan tompokan darah di bilik mangsa hingga ke ruang tamu, seterusnya ke bilik rakan serumahnya.
"Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring atas bumbung luar bilik rakan serumahnya," katanya dalam kenyataan pagi ini.
Mohd Yusri berkata, tidak didapati apa-apa kesan pergelutan dalam rumah berkenaan.
"Siasatan masih dijalankan dan tiada tangkapan dibuat ketika ini," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal ke atas mayat mangsa mendapati ada kesan kelar pada pergelangan tangan kiri.
"Sebilah pisau turut dijumpai dalam jarak 3.4 meter dari si mati," katanya.
Katanya, tempat kejadian adalah sebuah gudang atau stor menyimpan peralatan proses ayam serta ayam daging untuk dijual.
"Tingkat satu premis dijadikan sebagai asrama tiga bilik tempat tinggal dua pekerja warga asing. Kes ketika ini diklasifikasikan sebagai mati secara mengejut (SDR) dan bedah siasat dijadualkan pada jam 9.30 pagi ini untuk mengenal pasti punca kematian si mati," katanya.
Last edited: