BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat suami isteri ditemui berpelukan

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
hmlemas5_1546695849.jpg

Mayat Mohd Zaini dan Azizah dibawa ke Jeti Kastam, Kuala Perlis. FOTO ihsan APM.

SUAMI isteri lemas selepas terjatuh ke laut ketika memasang pukat di perairan Kuala Perlis, hari ini.

Mayat Mohd Zaini Panjang Karim, 55, dan isterinya, Azizah Yatim, 49, berasal dari Kampung Bukit Tok Po, Kuala Perlis, ditemui pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) jam 3.30 petang.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pasangan itu ditemui pihak Maritim Malaysia dalam keadaan berpelukan dan tersangkut di pukat milik nelayan lain.

“Mengikut maklumat diterima, mangsa keluar ke laut jam 6.30 pagi tadi bersama sebuah lagi bot yang dinaiki saudara mereka bagi memasang pukat.

“Bagaimanapun pada jam 11 pagi, hanya sebuah bot dinaiki saudara mangsa pulang, manakala bot dinaiki mangsa dikatakan tertinggal ke belakang.

“Saudara mangsa menunggu suami isteri itu selama dua jam untuk sampai ke jeti, sebelum mereka membuat laporan kepada pihak Maritim Malaysia,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, berikutan itu usaha mencari mangsa dilancarkan pihak berkuasa pada jam 1 petang tadi sebelum mereka ditemui lemas di kawasan perairan Tukun 300, Kuala Perlis.

“Anggota Maritim Malaysia menemui mangsa dalam keadaan berpelukan sebelum dapat mengeluarkan mereka yang terbelit dalam pukat.

“Mayat dibawa menaiki bot peronda Maritim Malaysia dan tiba di Jeti Kuala Perlis jam 5.30 petang tadi,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk proses bedah siasat dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/408903/mayat-suami-isteri-ditemui-berpelukan-metrotv

.
 
Waris terima insurans RM314,000

image.jpeg

MUHAMMAD FAIZ FADZIL (tiga dari kiri) menyampaikan mok cek kepada Mohamad Noor Affandy Mohamad Zaini semasa kunjungan di rumah keluarga itu di Kampung Bukit Tok Po, Kuala Perlis, hari ini. - UTUSAN ONLINE

KANGAR 16 April - Waris kepada pasangan suami isteri nelayan yang mati lemas setelah dipercayai terjatuh ke dalam laut semasa memukat ikan di perairan Kuala Perlis dekat sini pada 5 Januari lalu, hari ini menerima manfaat perlindungan Skim Insurans Nelayan Berkelompok Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Mok cek insurans berjumlah RM314,000.00 itu disampaikan Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil kepada anak kedua Allahyarham Mohamad Zaini Panjang Karim dan Allahyarham Azizah Yatim, Mohamad Noor Affandy, 25, di rumah keluarga tersebut di Kampung Bukit Tok Po, Kuala Perlis.

Menurut Muhammad Faiz, jumlah keseluruhan insuran itu merupakan manfaat yang diterima oleh kedua-dua mangsa merangkumi RM155,000 bagi setiap mangsa dan RM2,000 lagi untuk perbelanjaan pengebumian Allahyarham berdua.

Beliau memberitahu, pasangan tersebut merupakan nelayan yang berdaftar di bawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Perlis sebagai pemilik dan awak-awak.

“Skim Insurans Nelayan Berkelompok LKIM adalah skim perlindungan takaful kemalangan diri melibatkan pelagai manfaat dan perkhidmatan yang diberikan bagi memberi perlindungan patuh syariah kepada nelayan.

“Sejak Jun sehingga Disember tahun lalu, seramai 366,766 orang nelayan seluruh negara telah diinsuranskan dan sejumlah RM701,501 nilai pampasan membabitkan 58 orang penerima seluruh negara telah direkodkan,” katanya.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM, Untong Keri.

Muhammad Faiz menambah, daripada jumlah pampasan tersebut, sebanyak RM12,692 adalah nilai pampasan bagi kematian biasa, elaun hospital serta perbelanjaan hospital yang melibatkan seramai empat orang nelayan dari negeri ini.

http://www.utusan.com.my/berita/wil...ayan-mati-lemas-terima-insurans-lkim-1.883422

Innalillah....

Takziah, sedihnya bila baca berita camni.

Asalnya sorang tersangkut kot.
 
Kesiannya...moga arwah ditempatkan bersama org2 beriman.
 
Alhamdulillah..harap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
 
Back
Top
Log in Register