BTC USD 82,468.8 Gold USD 4,171.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Mayat' masih bernafas

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,642
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,642
Reaction score
1,682
Points
201
JUAN JOSE MUNOZ ROMERO


BOGOTA: Sebuah hospital di Sucre, Colombia melakukan kesilapan besar apabila mengesahkan seorang lelaki meninggal dunia walaupun lelaki berusia 67 tahun itu masih bernyawa.

Dalam kejadian itu, doktor di hospital di bandar Sincelejo itu pada mulanya memberitahu keluarga Juan Jose Munoz Romero bahawa lelaki itu sudah mati.

Ia selepas lelaki terbabit dimasukkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan kerana masalah tekanan darah tinggi.

Mirror UK yang memetik laporan akhbar tempatan memaklumkan keluarganya tidak percaya perkara itu.

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan melihat mayat Romero yang diletakkan di bilik mayat kerana protokol kesihatan berikutan Covid-19.

Anak perempuan Romero bagaimanapun melanggar peraturan itu dengan masuk ke bilik berkenaan.

Dia melihat mata bapanya terbuka dan lelaki itu masih bernafas.

Wanita itu memberitahu doktor, tetapi pihak hospital tetap yakin lelaki itu sudah meninggal dunia.

Malah, doktor memberitahu dia mungkin melihat perkara itu kerana terkejut atas kematian bapanya.

Yakin dengan apa dilihat, keluarga lelaki itu membawanya keluar untuk mendapatkan rawatan di hospital lain dan Romero disahkan masih hidup.

Susulan kejadian, keluarga lelaki itu bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan hospital.


== hmetro
 
Back
Top
Log in Register