BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat jatuh ke dalam rumah penduduk

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_02.1.jpg

MAYAT salah seorang penumpang Penerbangan Malaysia (imej ditutup) jatuh ke dalam sebuah rumah di Raspinoye, lima kilometer dari lokasi nahas di Grabovo.

HRABOVE, Ukraine - Seorang penduduk tempatan Trinia Tipunova, 65, berkata, terdapat bunyi bising dan beberapa objek jatuh dari langit ketika pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) berkecai di udara pada Khamis lalu.

"Saya kemudian mendengar bunyi dentuman dan satu mayat wanita jatuh ke dalam bilik tidur saya. Bumbung rumah saya rosak (akibat mayat itu jatuh dari langit)," katanya.

Mayat wanita itu masih berada di dalam rumah dekat dengan katilnya.

"Mayat itu masih berada di situ kerana saya diberitahu pakar-pakar akan datang untuk mengangkatnya," kata Tipunova.

Ukraine menuduh Rusia semalam membantu anggota-anggota kumpulan pemisah memusnahkan bukti-bukti di lokasi sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di timur negara ini.

Pesawat itu yang membawa 298 orang itu terhempas di wilayah Grabovo yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia. - Agensi
 
Mesti terkejut org kat rumah tu...

Tetiba ada mayat jatuh dari langit...

Seram pulak rasa nya...
 
Takde sapa berani nak tidur bilik tu pasni..ke org rusia ni hati kental..
 
terpaksalah penghuni tinggal bersama mayat ini sebelum diangkat keluar.
 
mesti trauma penghuni rumah tu..
 
Back
Top
Log in Register