BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Gaddafi dipamer di pasar raya

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_01.1.jpg

JENAZAH bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi (depan) dan anak lelakinya, Mutassim dipamerkan di dalam sebuah bilik sejuk beku di bandar Misrata, Libya semalam.

MISRATA, Libya - Jenazah Muammar Gaddafi yang masih berlumuran darah dipamerkan kepada umum di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar raya di sini.

Orang ramai semalam berbaris panjang untuk menatap jenazah bekas pemimpin Libya berusia 69 tahun itu yang diletakkan di atas sebuah tilam di bilik berkenaan.

Pada mulanya, jenazah Gaddafi disimpan di bilik itu untuk mengelakkan daripada tatapan umum. Namun, orang awam berpusu-pusu tiba untuk melihat jenazah pemimpin yang mereka benci itu sebaik sahaja rahsia lokasi tersebut terbongkar.

Malah, untuk memudahkan orang ramai melawat arwah, pengawal-pengawal di premis itu menetapkan masa lawatan berasingan untuk keluarga dan lelaki bujang.

"Kami mahu melihat anjing ini (Gaddafi)," kata beberapa penduduk setempat.

Berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak turut tidak ketinggalan bergambar bersama jenazah bekas pemimpin Libya tersebut.

Jenazah Gaddafi dibiarkan terbujur dalam keadaan terdedah hingga ke paras pinggang dengan dada dan tangannya berlumuran kesan darah sebelum ditutup dengan sehelai selimut.

Kesan luka akibat tembakan turut dilihat pada dada, perut dan bahagian kiri kepala jenazah.

Turut diletakkan di dalam bilik sejuk beku tersebut ialah jenazah anak lelakinya, Mutassim Gaddafi.

Gaddafi meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dia ditangkap pejuang-pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) ketika cuba meninggalkan bandar kelahirannya, Sirte bersama pengawal-pengawalnya.

NTC yang memerintah Libya masih tidak dapat memutuskan bila dan di mana jenazah Gaddafi akan dikebumikan.

Penduduk di sini yang merupakan bandar paling teruk dibedil tentera Gaddafi dalam perang saudara sejak beberapa bulan lalu mendakwa jenazah Gaddafi adalah hak milik mereka.

Pertelingkahan itu menyebabkan rancangan untuk mengebumikan jenazah Gaddafi kelmarin terpaksa ditanguhkan.

Pemerintah tentera NTC di bandar ini juga tidak membenarkan pembedahan autopsi dilakukan keatas jenazah Gaddafi untuk mengetahui punca kematiannya.



du_01.2.jpg

ORANG RAMAI berbaris untuk menatap jenazah Muammar Gaddafi di sebuah pusat membeli belah di Misrata kelmarin.

"Tiada pembedahan autopsi keatas jenazahnya akan dilakukan hari ini (semalam) atau pada mana-mana hari," kata jurucakap majlis tentera Misrata, Fathi al-Bashaagha.

Sementara itu, NTC mengeluarkan kenyataan bahawa satu pentadbiran sementara akan ditubuhkan dalam masa sebulan. Rakyat Libya pula akan memilih pentadbiran baru dalam pilihan raya umum yang dijadual diadakan dalam tempoh lapan bulan lagi.

NTC akan mengisytiharkan pembebasan Libya di bandar Benghazi, timur Libya hari ini untuk membuka laluan kepada usaha-usaha mengubah negara yang kaya dengan minyak itu menjadi sebuah negara demokrasi. - Agensi
 
awatla diaorg nie..elok bagi masuk kubur cepat2..lagi bagus kalo kasi masuk kubur malam jumaat jgk
 
hhmmm...i still think Osama bin Laden is alive
 
kesian arwah...xkira la mcm mana pon hina perangai arwah...patut dikebumikan segera...sedih tgk...harap2 xjadila kt negara kita
 
Gaddafi ni kan masih ada anak yg hidup lagi. Dia ada penyokong dan tentera yg setia. Bila mayat Gaddafi dibuat mcm ni tkt mendatangkan kemarahan dan dendam pada penyokong dia. Aku rasa perang saudara akan berlaku utk membalas dendam atas kematian Gaddafi.
 
Back
Top
Log in Register