BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Mayat Farida dalam perut ular sawa

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,239
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,239
Reaction score
1,659
Points
201


Jakarta: Seorang wanita di Indonesia yang hilang semalaman, ditemui meninggal dunia di dalam perut ular sawa, kata pegawai tempatan, semalam.

Mayat Farida, 45, ditemukan suaminya dan penduduk Kampung Kalempang di Sulawesi Selatan pada Jumaat lalu, selepas mereka memotong perut ular sawa yang sepanjang kira-kira lima meter.

Ketua kampung, Suardi Rosi memberitahu AFP, ibu kepada empat anak itu dilapor hilang pada malam 6 Jun selepas tidak pulang ke rumah, yang memaksa penduduk melakukan pencarian.

Suaminya menjadi lebih curiga dengan kehilangan itu apabila menemui barang milik Farida di semak dekat kawasan kampung.

"Penduduk kemudian mencarinya di lokasi berhampiran sebelum menemukan ular sawa dengan perut yang sangat besar.

"Mereka bersetuju untuk memotong perut ular sawa itu dan sebaik dilakukan, kepala Farida terkeluar serta-merta," katanya.

Farida ditemui lengkap berpakaian, di dalam perut ular berkenaan.

Insiden sebegitu dianggap kes yang sangat jarang berlaku namun, Indonesia merekodkan beberapa kematian akibat ditelan ular sawa dalam tempoh beberapa tahun.

Tahun lalu, penduduk di daerah Tinanggea, Sulawesi Tenggara membunuh seekor ular sawa sepanjang lapan meter yang menelan seorang petani.

Pada 2018 pula, wanita berusia 54 tahun ditemui mati ditelan ular sawa sepanjang tujuh meter di bandar Muna, Sulawesi Tenggara.

Tahun sebelum itu, petani di Sulawesi Barat dilapor hilang sebelum mayatnya ditemui dalam perut ular sawa sepanjang empat meter di ladang kelapa sawit.


Artikel ➡️ Harian Metro
 
Mangsa dah mati sebelum kena telan.
Mati patah tulang rusuk sebab belitan kuat ular sawa.

bila kene belitan kuat.. mangsa sesak nafas n mati.. time tu baru ular start telan pelan3

ular bukan spisis belit terus mkn.. tapi selagi mangsa meronta.. belitan lagi kuat sampat mangsa stop
 
bila kene belitan kuat.. mangsa sesak nafas n mati.. time tu baru ular start telan pelan3

ular bukan spisis belit terus mkn.. tapi selagi mangsa meronta.. belitan lagi kuat sampat mangsa stop
Ular sawa bukan belit saja2 mgsa meronta. Ular sawa belit ketat & detect denyutan nadi pulse rate mgsa kuat lg ke tak. Selagi ada denyutan nadi brnafas, lagi kuat dia belit sampai tulang patah riuk. Dah lemau, xde nadi pergerakan, baru dia telan dgn amannya.

Sebab tu org tua2 pesan kalau nk msuk hutan, kena ada ilmu msuk hutan. Pstikan bawa parang atau at least kayu sedepa. Kalau kena belit ular sawa dgn kuat, selitkan parang tu. Automatik belitan akan longgar trbuka, kemudian pukul kepalanya non-stop! Tapi klu dgn ular tedung, kasi main golf terus jgn bawa berbincang. Sbb ular tedung bkn stakat patuk, malah blh menyembur air bisanya dari jarak jauh sampai jd buta!
 
Back
Top
Log in Register