BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Mayat ditemukan dalam kereta terbakar

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,277
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,277
Reaction score
1,665
Points
201
FB_IMG_1625719882535.jpg
FB_IMG_1625719884965.jpg
FB_IMG_1625719886997.jpg

Mayat ditemukan dalam kereta terbakar

Gombak: Kebakaran mendadak sebuah kereta berhampiran sebuah kedai runcit di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang wanita di dalam kenderaan itu.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi tadi, Perodua Kancil itu dikatakan terbakar berhampiran Jalan 4/2, Bandar Baru Selayang di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.25 pagi sebelum lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Selayang termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi.

Menurutnya, kebakaran membabitkan sebuah Perodua Kancil.

Pemeriksaan awal, mendapati 40 peratus bahagian dalam kereta itu musnah terbakar.

"Setelah pemadaman dilakukan, anggota bomba menemui mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk pemandu di dalam kereta itu.

"Susulan itu pihak bomba menyerahkan kes kepada Unit Forensik dan polis untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya.

*HMetro
 
Back
Top
Log in Register