balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA KUBU BHARU – Leher dan pinggang diikat dengan batu besar bertujuan menenggelamkan mayat mangsa.
Itu taktik digunakan suspek pembunuhan kejam seorang pekerja menternak ikan, lembu dan kambing berdekatan Kampung Orang Asli Kolam Air, di sini.
Berdasarkan maklumat, saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, pada pagi kejadian sekitar jam 9 pagi, dia memeriksa sekitar kawasan kolam ternakan milik abangnya.
Menurutnya, ketika itu dia menyedari seorang pekerjanya tidak berada di tempat kejadian, namun dia tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk.
Hampir jam 2.30 petang, saya terlihat objek putih terapung dan apabila mendekati saya dapati objek putih itu adalah kaki.
“Terkejut dengan penemuan itu, saya terus menghubungi polis dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor,” katanya.
Menurutnya, mangsa merupakan salah seorang pekerja di kolam ternakan ikan berkenaan dan dipercayai mati akibat lemas.
Katanya lagi, pada Ahad lepas, mangsa didatangi tiga individu dipercayai daripada Pasar Borong Selayang dan mendapat tahu selepas pertemuan itu, mangsa bersama tiga individu itu keluar dengan membawa beg.
Bagaimanapun, pada Isnin (keesokan) mangsa tidak pulang sehinggalah menemui mayat dipercayai pekerja terbabit, semalam.
Sementara itu, kira-kira jam 4.20 petang, anggota bomba sukarela dikerah bagi membantu menaikkan mayat mangsa.
Siasatan awal mendapati, terdapat kecederaan pada anggota badan mangsa dipercayai kesan tetakan senjata tajam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kecederaan didapati pada tangan kiri dan kanan, bahagian belakang kepala sementara pinggang dan leher diikat batu besar.
Menurutnya, pihak polis masih belum mengenal pasti identiti mangsa dan siasatan masih dijalankan.
“Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam turut dipanggil untuk membantu siasatan, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Norel berkata, forensik selesai membuat siasatan kira-kira jam 7.45 petang dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/mayat-diikat-batu-besar-1.32930